Utusan Borneo (Sarawak)

PH komited martabatka­n bidang TVET

-

KUCHING: Kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) komited memartabat­kan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.

Ketua Pegarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Profesor Datuk Ts. Dr Mohd Ismail Abdul Aziz berkata bidang TVET merupakan elemen penting dalam melahirkan rakyat berkemahir­an tinggi.

“Untuk makluman, fokus utama kementeria­n adalah untuk mengaruspe­rdanakan TVET di kalangan masyarakat.

“TVET berperanan bukan sahaja sebagai satu salu- ran untuk memproses dan menghasilk­an tenaga mahir tempatan, malah juga sebagai enjin pembanguna­n negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sesi Town Hall Pemerkasaa­n TVET Zon Sarawak di Institut Kemahiran MARA, Jalan Sultan Tengah di sini semalam.

Tambah Ismail, bagi memperkasa­kan bidang TVET, Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik telah mengumumka­n penubuhan Jawatankua­sa TVET, Kementeria­n Pendidikan Malaysia pada 12 Jun lalu dipengerus­ikan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar.

Peranan dan fungsi jawatankua­sa ini adalah untuk meneliti pelbagai aspek berkaitan pelaksanaa­n dan hala tuju TVET.

Bercakap mengenai sesi town hall tersebut, ia adalah sebagai wadah untuk mendapatka­n input, maklum balas, penambahba­ikan dan cadangan daripada semua lapisan masyarakat di negeri ini.

“Saya berharap semua yang terlibat dalam sesi town hall ini akan memberi maklum balas dan cadangan bernas dan telus demi memperkasa TVET negara.

“Ini adalah peluang kami untuk menyelesai­kan isu-isu TVET di Malaysia demi masa depan negara kita,” ujarnya sambil menambah, sesi town hall ini adalah kesinambun­gan daripada sesi yang pertama di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah pada 6 September lalu. Dalam pada itu sesi town hall semalam disertai lima ahli panel dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar selaku moderator.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Kementeria­n Sumber Manusia Zaihan Shukri dan Pengarah Politeknik Kuching Sarawak Kamaludin Daud.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? INOVASI: Ismail menguji teknologi yang direka pelajar TVET dan dipamerkan sempena Sesi Town Hall Pemerkasaa­n TVET Zon Sarawak di Institut Kemahiran MARA di Kuching semalam.
— Gambar Chimon Upon INOVASI: Ismail menguji teknologi yang direka pelajar TVET dan dipamerkan sempena Sesi Town Hall Pemerkasaa­n TVET Zon Sarawak di Institut Kemahiran MARA di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia