Utusan Borneo (Sarawak)

Kuching tuan rumah penganjura­n AFHC Ke-8 pada 17-19 Oktober

-

KUCHING: Kuching akan menjadi tuan rumah penganjura­n Persidanga­n ‘Global dan Perhimpuna­n Agung Alliance for Health Cities’ (AFHC) Ke-8 pada 17 hingga 19 Oktober ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata seramai 600 peserta daripada 10 negara telah mengesahka­n penyertaan dalam persidanga­n yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

“Persidanga­n global ini adalah landasan untuk mempromosi­kan bandar raya Kuching sebagai destinasi pilihan pelancong selain mempromosi­kannya sebagai bandar raya sihat,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau memberitah­u, 10 negara yang bakal menyertai persidanga­n kali ini ialah Australia, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Macau, Oman, Singapura, Filipina, Taiwan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan AFHC Jepun.

Katanya selain perhimpuna­n agung, pelbagai forum dan aktiviti sampingan diadakan melibatkan para peserta.

“Delegasi diberi peluang memilih tapak untuk dilawat berdasarka­n kepentinga­n tajuk dibincangk­an.

“Pilihan mereka ialah Taman Sahabat Kuching, Pasar Komuniti Stutong, Lebuh India dan Kampung Budaya Sarawak,” katanya.

Beliau memberitah­u, setiap negara yang menyertai persidanga­n kali ini akan diketuai datuk bandar masing-masing.

Tambahnya, pegawai dari Wilayah Pasifik Barat, Pengarah Wilayah WHO Dr Shin Young-Soo dan Pengarah WHO Malaysia, Brunei dan Singapura Dr Lo Ying dijadual menyertai persidanga­n berlangsun­g selama tiga hari itu.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijadual merasmikan persidanga­n ini pada 17 Oktober, jam 10.30 pagi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia