Utusan Borneo (Sarawak)

Indonesia jadi ekonomi kelima terbesar dunia menjelang 2025, buka potensi dagangan Sarawak- Indonesia

-

KUCHING: Persekutua­n Perniagaan Sarawak (SBF) menyasar untuk meningkatk­an jumlah dagangan antara Sarawak dan Kalimantan Barat, Indonesia.

Presiden SBF Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg berkata Indonesia akan menjadi ekonomi kelima terbesar dunia menjelang 2025.

Ini katanya, membuka potensi dagangan antara Sarawak dan Indonesia sekali gus memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Sarawak dan Indonesia merekodkan peningkata­n jumlah nilai dagangan sebanyak 87 peratus kepada AS$ 606 juta pada 2017 berbanding AS$ 323 juta pada 2016.

“A n t a r a S a r a w a k dan Kalimantan Barat, Indonesia pula, sejumlah AS$120 juta nilai dagangan direkodkan pada 2017 dengan mengekspor­t AS$83 juta dan mengimport AS$36 juta nilai perkhidmat­an dan barangan ke dan dari Sarawak.

“Matlamat kami adalah

Sarawak dan Indonesia merekodkan peningkata­n jumlah nilai dagangan sebanyak 87 peratus kepada AS$606 juta pada 2017 berbanding AS$323 juta pada 2016. Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg Presiden SBF

untuk meningkatk­an lagi jumlah dagangan antara Sarawak dan Kalimantan Barat, Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai misi perdaganga­n kerajaan ke Jakarta dan Bandung, Indonesia di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Dalam pada itu Konsul Jeneral Indonesia di Kuching Yoni Tri Prayitno juga berharap misi perdaganga­n ini akan memainkan peranan dalam mengalihka­n halangan dagangan sedia ada antara Sarawak dan Indonesia selain mempromosi­kan pelanconga­n di sepanjang sempadan.

Dalam pada itu misi perdaganga­n tersebut akan disertai 60 delegasi terdiri daripada sektor awam dan swasta diketuai Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Misi perdaganga­n tersebut akan menyaksika­n enam pemeteraia­n Memorandum Persefaham­an ( MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara syarikat dari Sarawak dan Indonesia.

Misi perdaganga­n ini merupakan anjuran SBF, Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) dan Konsulat Republik Indonesia sempena Ekspo Perdaganga­n Indonesia Ke- 33 pada 24 hingga 28 Oktober.

 ??  ?? TINGKAT DAGANGAN: Abang Karim (tiga kiri), Yoni (dua kiri) dan yang lain bercakap pada sidang media di Kuching semalam.
TINGKAT DAGANGAN: Abang Karim (tiga kiri), Yoni (dua kiri) dan yang lain bercakap pada sidang media di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia