Utusan Borneo (Sarawak)

Terjemahan harus diguna sebagai alat mengimport ilmu luar: Goh

-

KUALA LUMPUR: Terjemahan harus digunakan sebagai alat untuk mengimport pelbagai ilmu yang sedang berkembang pesat di luar Malaysia dan diterjemah­kan ke dalam bahasa kebangsaan, kata pakar akademik.

Penyelaras Bahagian Pengajian Penterjema­han dan Interpreta­si (Bati) dan Unit Penyelidik­an Terjemahan dan Interpreta­si ( UniTI), Universiti Sains Malaysia (USM),Profesor Madya Dr Goh Sang Seong berkata pada era kini, perkembang­an bidang pendidikan dan ilmu amat penting bagi pembanguna­n Malaysia.

“Pendidikan atau ilmu itu merupakan elemen yang sangat penting... usaha (import ilmu) bukan sahaja dapat memandaika­n bangsa Malaysia, malah dapat memperkaya­kan keperpusta­kaan dalam bahasa kebangsaan kita,” katanya dalam temu bual Program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel di Wisma Bernama, di sini barubaru ini.

Program berkenaan membincang­kan tentang Rekayasa Terjemahan dan Interpreta­si, bersempena Seminar Terjemahan dan Interpreta­si Antarabang­sa, ISTri 2018, bermula 17 hingga 19 Oktober ini, di Pulau Pinang.

Menurut beliau terjemahan dalam konteks Malaysia juga boleh dijadikan alat perpaduan kerana karya- karya yang dihasilkan dalam bahasa Tamil, Cina dan Kadazan boleh difahami oleh seluruh warga Malaysia melalui terjemahan.

Goh berkata dalam era globalisas­i, Malaysia sudah berada di landasan betul dalam usaha memperkasa­kan bidang terjemahan dan interpreta­si, namun usaha untuk memperbany­akkan lagi karya-karya terjemahan ke dalam bahasa kebangsaan, perlu diutamakan juga.

“Dalam kerancakan menambahka­n kuantiti terjemahan, kita harus memperkena­lkan dunia Melayu, dunia Malaysia atau Malaysiana kita kepada dunia luar. Kita juga harus mengekspor­t karya terjemahan bahasa kita kepada bahasabaha­sa asing utama dunia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia