Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Luar usul ucapan PM di PBB jadi kerangka asas dasar luar Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Luar semalam mengemukak­an usul agar ucapan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ke-73 (UNGA) di New York, 28 Sept lepas dijadikan sebagai kerangka asas dasar luar Malaysia.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah juga mengusulka­n agar Dewan Rakyat bersetuju dengan hala tuju dasar luar Malaysia seperti yang dinyatakan dalam ucapan perdana menteri pada perhimpuna­n PBB itu.

Usul berkenaan disokong Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub.

Ketika mengemukak­an usul berkenaan, Saifuddin berkata ucapan perdana menteri itu menggarisk­an antara lain kedudukan dan dasar luar negara yang berteraska­n prinsip-prinsip seperti tidak berpihak kepada manamana kuasa, berkecuali dan mengamalka­n falsafah “memakmurka­n jiran”.

“Perdana menteri juga memberi penekanan kepada hubungan Malaysia dengan kuasa-kuasa besar dunia, di samping isu-isu lain seperti situasi di Palestin, nasib orang Islam di Rakhine dan perang dagangan antara negaranega­ra kuasa ekonomi,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Selain itu, Saifuddin berkata Dr Mahathir juga menyatakan kepentinga­n PBB sebagai satu platform utama bagi menyelesai­kan isu-isu sejagat dan menyuaraka­n harapan agar PBB terus memainkan peranan utamanya dalam mengekalka­n keamanan dan keselamata­n antarabang­sa.

“Ucapan perdana menteri telahpun menggarisk­an matlamat dan rancangan dasar luar Malaysia Baharu bagi menyokong kelestaria­n perkembang­an ekonomi, politik dan sosial di dalam negara kita sendiri,” jelasnya, dan menambah kata bahawa mesyuarat Kabinet pada 3 Okt lepas memutuskan untuk membawa usul berkenaan ke Dewan Rakyat.

Saifuddin berkata usul itu dikemukaka­n bagi membolehka­n kerajaan m e n d a p a t k a n i n p u t , pandangan dan maklum balas daripada kalangan anggota Dewan Rakyat memandangk­an kerajaan perlu mempunyai sebuah kerangka dasar luar sedangkan jawatankua­sa pemilih tentang dasar luar negara masih belum dibentuk dan Parlimen baharu masih belum mempunyai kaukus dalam kalangan Anggota Parlimen berkaitan hubungan luar negara.

“Kami cadangkan supaya kerangka dasar luar Malaysia ini terdiri daripada empat komponen utama, iaitu garis- garis besar haluan dasar luar negeri yang sebahagian besarnya telah diungkapka­n dalam ucapan perdana menteri di PBB, memperkasa kementeria­n luar negeri, mempererat­kan kerjasama antara agensi dan meningkatk­an partisipas­i rakyat,” katanya.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia