Utusan Borneo (Sarawak)

Patuhi garis panduan keselamata­n bekerja di tempat tinggi

-

KUALA LUMPUR: Majikan, termasuk kontraktor penyenggar­aan, yang pekerja mereka melakukan kerja di tempat tinggi, digesa melaksanak­an tanggungja­wab statutori masing-masing dengan sedapat mungkin seperti yang termaktub dalam undang-undang berkaitan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan.

P e n g e r u s i I n s t i t u t Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata langkah itu akan membantu memastikan kejadian seperti seorang pekerja warga Bangladesh tercedera apabila sebahagian siling lobi di sebuah hotel di sini runtuh pada Ahad, tidak berulang.

Menurut laporan, kejadian pada awal pagi itu berlaku ketika kerja membaiki pendawaian elektrik dilakukan sebuah syarikat kontraktor.

“Saya ingin tegaskan bahawa adalah menjadi tanggungja­wab majikan untuk menyediaka­n latihan dan per- alatan perlindung­an peribadi (PPE), manakala di pihak pekerja pula, mereka bertanggun­gjawab untuk memakainya,” kata beliau dalam kenyataan di sini, semalam.

Lee berkata apabila PPE diperlu digunakan dalam keadaan tertentu, peralatan itu perlulah mematuhi standard Malaysia yang ditetapkan atau standard yang diterima pakai di peringkat antarabang­sa.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Kebangsaan Hilton Kuala Lumpur Eugene Oelofse ketika dihubungi Bernama berkata bahagian terjejas dengan kejadian itu kini ditutup sementara kepada orang ramai.

“BarTheOroC­afe,danlobby lounge tidak akan beroperasi sehinggala­h diberitahu kelak,” katanya tentang kejadian itu yang berlaku ketika kerja penyenggar­aan dibuat terhadap siling lobi hotel berkenaan oleh kontraktor berlesen. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia