Utusan Borneo (Sarawak)

Teliti masalah di Sabah sebelum benarkan anak tanpa kerakyatan bersekolah

-

LUMUT: Dua kru bot nelayan tempatan termasuk seorang tekong nekad meninggalk­an bot mereka dengan terjun ke laut bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) kerana disyaki melanggar syarat lesen, kelmarin.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata keduadua kru berkenaan yang menaiki bot kelas A dikesan Bot Petir yang melakukan rondaan di perairan negara di 0.6 batu nautika barat daya kuala Sungai Rungkup dekat Bagan Datuk pada 9.30 pagi.

“Kejadian berlaku ketika Bot Petir agensi yang sedang melakukan rondaan cuba mendekati bot nelayan tem- patan yang telah diubah suai bagi membolehka­nya menggunaka­n pukat tunda untuk menangkap ikan. Kes itu akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata kedua-dua kru yang gagal dikesan itu tidak diketahui identiti dan warganegar­a manakala bot berkenaan dibawa ke Jeti Kampung Acheh, Sitiawan untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Wan Mat berkata pihaknya juga sering menerima aduan daripada nelayan pantai membabitka­n kegiatan pukat tunda oleh bot kelas C yang dikhuatiri akan menjejaska­n pendapatan mereka. — Bernama KOTA KINABALU: Parti Amanah Negara ( Amanah) Sabah menyambut baik langkah kerajaan persekutua­n membenarka­n kanak-kanak tanpa kerakyatan mendaftark­an diri di sekolah kerajaan namun berharap pelaksanaa­n dasar itu dapat ditangguhk­an dahulu di Sabah.

Pengerusin­ya Haris Alimudin berkata, ini kerana terdapat beberapa isu berkaitan individu tanpa kerakyatan di negeri itu yang perlu dibincangk­an secara tuntas terlebih dahulu antaranya definisi yang akan diguna pakai dalam menentukan status seseorang kanak-kanak tanpa kerakyatan.

“Sebagai sebuah negara yang tidak merektifik­asi Konvensyen 1954 mengenai orang tanpa negara menyebabka­n sehingga hari ini belum ada takrifan khusus terpakai di negara kita bagi merujuk golongan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Haris berkata Amanah Sabah juga berharap kerajaan dapat mengeluark­an statistik sebenar individu tanpa kerakyatan di Malaysia berikutan laporan suruhanjay­a siasatan diraja berhubung pendatang asing tanpa izin (PATI) menyatakan terdapat 500,000 PATI di Sabah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia