Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pengawal keselamata­n dihukum gantung, bunuh wanita dalam pantang

-

SHAH ALAM: Seorang bekas pengawal keselamata­n dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam setelah didapati bersalah membunuh seorang wanita sedang berpantang, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin menjatuhi hukuman itu ke atas Mohd Azmirul Shamsuddin, 39, selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang berjaya membuktika­n kes prima facie manakala pembelaan hanyalah bersifat penafian semata-mata.

Mohd Azmirul yang berada dalam kandang tertuduh hanya diam dan tidak menunjukka­n sebarang respons ketika hakim menjatuhka­n hukuman tersebut.

Mengikut pertuduhan, Mohd Azmirul didakwa menyebabka­n kematian Rabiatul Adawiah Abd Aziz, 23, di sebuah apartmen di Sungai Way, Petaling Jaya dekat sini, kira-kira jam 8.22 malam pada 4 Mac 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kasim manakala tertuduh diwakili peguam Halim Ashgar Mohd Hilmi.

Sebanyak 14 saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraa­n kes manakala hanya satu saksi dikemukaka­n oleh pihak pembelaan.

Media sebelum ini melapor- kan wanita itu yang baharu sahaja dua bulan melahirkan anak dijumpai mati dalam keadaan tangan dan kaki terikat serta mulut disumbat, bersebelah­an bayi perempuann­ya namun dia tidak mengalami sebarang kecederaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HUKUM GANTUNG: Mohd Azmirul dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita yang sedang berpantang di sebuah apartmen di Sungai Way, Petaling Jaya pada Mac 2015.
— Gambar Bernama HUKUM GANTUNG: Mohd Azmirul dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita yang sedang berpantang di sebuah apartmen di Sungai Way, Petaling Jaya pada Mac 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia