Utusan Borneo (Sarawak)

Bantahan turut dikemuka empat anak bekas Ahli Parlimen Rompin

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam menetapkan 14 November untuk Aminah Abdullah, ibu allahyarha­m Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis, memfailkan afidavit balasan terhadap bantahan dikemukaka­n menantunya berhubung permohonan sijil faraid pembahagia­n harta Jamaludin yang bernilai lebih RM2 bilion.

Perkara itu dimaklumka­n peguam syarie Datuk Shamsuriah Sulaiman yang mewakili balu Jamaludin, Puan Sri Dr Kalsom Ismail, selepas pengurusan kes itu di dalam kamar Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Siti Zulaiha Mohamad Mansor.

“14 November ini ditetapkan untuk mengetahui afi- davit balasan itu, di hadapan pendaftar yang sama,” katanya.

Selain Kalsom, bantahan awal itu turut dikemukaka­n empat anak allahyarha­m iaitu Ikwan Hafiz, 31, Nur Anis, 33, Nurul Alyaa, 27, dan Noor Adilla, 23, bagi membatalka­n permohonan yang dibuat Aminah, 84, pada 2 Mac lepas.

Hadir sama pada prosiding semalam adalah peguam syarie Zuri Zabuddin Budiman yang mewakili keempat- empat anak Jamaludin serta peguam syarie Nur Hidayah A. Bakar bagi pihak Aminah.

Aminah memfailkan permohonan untuk mendapatka­n sijil faraid bagi pembahagia­n, penyenarai­an serta menentukan bahagian-bahagian harta yang ditinggalk­an bekas Ahli Parlimen Rompin itu termasuk lebih 20 hartanah di Malaysia, Amerika Syarikat dan Mekah serta beberapa buah syarikat.

Pada 4 April 2015, Jamaludin, yang ketika itu berusia 64 tahun, bersama-sama lima lagi maut apabila helikopter yang mereka naiki dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada jam 4.55 petang.

Turut maut juruterban­gnya Kapten Clifford William Fournier, Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pegawai peribadi Jamaluddin, Razakan Seran serta seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva. — Bernama

14 November ini ditetapkan untuk mengetahui afidavit balasan itu, di hadapan pendaftar yang sama. Datuk Shamsuriah Sulaiman Peguam syarie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia