Utusan Borneo (Sarawak)

Rokok seludup: dua warga Indonesia dipenjara sembilan bulan

-

KUALA LUMPUR: Dua pembantu kedai runcit warga Indonesia masing- masing dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana memiliki 192,840 batang rokok seludup pelbagai jenama, minggu lepas.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhka­n hukuman itu terhadap Fahrul Rozi, 20, dan Muhammad Syahrial Iqbal, 24, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki rokok seludup itu dan memerintah­kan keduadua tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap 10 Okt lepas.

Mereka didakwa bersamasam­a memiliki rokok seludup pelbagai bernilai RM19,154 itu di sebuah kedai runcit di Jalan Pantai Indah, Pantai Dalam, di sini pada jam 10.40 malam, 10 Okt lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman denda minimum 10 kali nilai barang dan denda maksimum 20 kali nilai barang atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Kastam Cawangan Wilayah Persekutua­n Mohd Haswadi Mohamad Nor memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran.

Bagaimanap­un,Fahrul dan Muhammad Syahrial Iqbal yang diwakili peguam Muhammad Fitri Abdullah Wahid merayu hukuman ringan dengan alasan itu merupakan kesalahan kali pertama kedua-dua anak guamnya.

“Saya memohon hukuman penjara ringan kerana kedua- dua tertuduh tidak mampu membayar denda. Mereka masih muda dan perlu menanggung keluarga,” katanya.

Mengikut fakta kes, sepasukan anggota penguat kuasa yang membuat serbuan di premis itu telah menemukan sejumlah rokok seludup pelbagai jenama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia