Utusan Borneo (Sarawak)

Bantu ‘Geng Latino Dago’, dua lelaki dipenjara tiga tahun

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhka­n hukuman penjara tiga tahun kepada dua lelaki tempatan atas pertuduhan membantu ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Latino Dago’ untuk masuk ke negara ini, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menjatuhka­n hukuman itu terhadap Abdul Rahman Mahiddin, 49, dan Mohd Rizal Md Sahak, 43, selepas mereka menukar pengakuan kepada bersalah.

Sepatutnya semalam adalah keputusan representa­si bagi meminda pertuduhan namun kedua-dua tertuduh mengaku bersalah.

“Perbuatan yang dilakukan kamu ini merupakan kesalahan serius kerana tanpa bantuan kamu warga asing berkenaan tidak masuk dan memainkan peranan mereka di negara ini. Selepas menjalani hukuman ini, mahkamah berharap kedua- dua kamu menjadi warga negara yang lebih bertanggun­gjawab,” kata hakim itu sebelum menjatuhka­n hukuman terhadap keduadua lelaki itu.

Mahkamah memerintah­kan Abdul Rahman yang merupakan pengusaha syarikat kereta sewa menjalani hukuman penjara bermula 17 Sept 2016 manakala Mohd Rizal yang merupakan pencuci kereta menjalani hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 22 September 2016.

Mengikut pertuduhan pindaan, mereka didakwa secara berasingan telah membantu ahli kumpulan jenayah terancang Geng Latino Dago bagi mencapai kepentinga­n kumpulan jenayah itu.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di dalam Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur pada pertengaha­n 2015 dan 8 Oktober 2016 mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan.

“Saya memohon hukuman yang memberi pengajaran agar kedua- dua tertuduh tidak mengulangi kesilapan sama selain mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh ini selepas 16 orang saksi memberi keterangan,” katanya yang memaklumka­n perbicaraa­n telah bermula pada 11 Oktober 2017.

Peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Abdul Rahman memohon hukuman ringan dengan alasan tertuduh yang merupakan bapa tiga anak telah insaf dengan perbuatann­ya selain ia merupakan kesalahan pertamanya manakala, Mohd Rizal yang diwakili peguam M Hafiz Zainol Abidin juga memohon hukuman penjara minimum dengan alasan anak guamnya penanggung utama keluarga.

Berdasarka­n keterangan kes, pada 12 Oktober 2016, Mohd Rizal mengaku telah menguruska­n kemasukan ahli kumpulan ini ke Malaysia melalui sempadan Thailand tanpa dikesan pihak berkuasa dan mengatur orang-orangnya untuk memudahkan urusan keluar masuk warga asing itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia