Utusan Borneo (Sarawak)

Pendengara­n tangguh hukuman penjara pengurus pilihan raya Rembau ditangguh

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menangguhk­an pendengara­n penangguha­n pelaksanaa­n hukuman penjara tiga bulan dikenakan terhadap pegawai pengurus pilihan raya kawasan Parlimen Rembau bagi kesalahan menghina mahkamah.

Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer, yang mempengeru­sikan panel tiga hakim berkata, beliau sangsi bahawa mahkamah rayuan mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu berikutan kes itu berasal dari Mahkamah Pilihan Raya.

“Anda pergi ke Mahkamah Persekutua­n, dan sekiranya Mahkamah Persekutua­n kata kembali semula ke Mahkamah Rayuan, kami akan dengarnya esok (hari ini),” katanya.

Dengan persetujua­n keduadua pihak, Hakim Dr Hamid menangguhk­an prosiding untuk membolehka­n peguam mewakili Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Amino Agos Suyub, memfailkan permohonan penangguha­n di Mahkamah Persekutua­n.

Hakim Dr Hamid berkata Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan itu sekiranya Mahkamah Persekutua­n memutuskan ia (Mahkamah Rayuan) mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu.

Turut bersidang bersamasam­a beliau ialah Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Hakim Datuk Hanipah Farikullah.

Rabu lepas, Hakim Mahkamah Pilihan Raya Datuk Azimah Omar men- dapati Amino Agos bersalah bagi perbuatan mengajar seorang saksi untuk memberi keterangan dalam petisyen pilihan raya dikemukaka­n calon Pakatan Harapan Dr S. Streram dan menjatuhka­n hukuman penjara tiga bulan terhadapny­a (Amino Agos).

Dr Streram memfailkan petisyen pilihan raya memohon membatalka­n keputusan SPR mengisytih­arkan calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, satu daripada empat kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Rembau.

Mohamad menang tanpa bertanding di kerusi itu selepas Amino Agos enggan membenarka­n Dr Streram masuk ke pusat penamaan calon atas alasan beliau (Dr Streram) tidak mempunyai pas calon yang dikeluarka­n SPR.

Dalam pembelaann­ya, Amino Agos menafikan beliau berniat untuk mengajar saksi, Daing Muhamad Rahimi, iaitu penolong pengurus pilihan raya bagi kawasan Parlimen Rembau pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-14, tentang bagaimana untuk memberi keterangan di mahkamah.

Beliau mendakwa mesej yang dihantarny­a kepada saksi itu menerusi WhatsApp adalah sebagai luahan perasaan sahaja.

Peguam G. Rajasingam mewakili SPR dan Amino Agos manakala peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili Dr Streram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia