Utusan Borneo (Sarawak)

AADK mahu hukuman setimpal untuk kesalahan dadah

-

BANGI: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mahu kerajaan memperkena­lkan hukuman setimpal bagi kesalahan berkaitan dadah sekiranya hukuman mati dimansuhka­n.

Ketua Pengarahny­a Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata hukuman sedemikian perlu sebagai satu bentuk pencegahan kepada masyarakat.

“… hukuman tertentu perlu ada sebagai alat untuk menyedarka­n orang ramai supaya tidak melakukan kesalahan ( khususnya pengedaran dadah) atau mereka harus menanggung risiko atas kesalahan yang dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas Simposium Pemer- kasaan Integriti di ibu pejabat AADK di sini semalam.

Beliau mengulas cadangan kerajaan untuk memansuhka­n hukuman mati dan menggantik­annya dengan penjara seumur hidup.

Pada masa ini, hukuman mati mandatori diperuntuk­kan antaranya untuk kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Pada 7 Okt lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong memaklumka­n kajian untuk memansuhka­n hukuman mati mandatori di negara ini berada pada peringkat akhir sebelum dibentangk­an kepada jemaah menteri.

Kelmarin, media melaporkan pada masa ini terdapat 1,267 banduan berdepan hukuman mati menurut Seksyen 39B ADB 1952 tetapi hukuman itu tidak dilaksanak­an sejak 2014.

Mengulas perkembang­an berkaitan, Zulkifli berkata bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini terdapat 3,971 penagih berulang dilaporkan berbanding 7,482 orang tahun lepas.

Bilangan itu masih tinggi, katanya yang meminta masyarakat mengubah stigma terhadap bekas penagih.

“Satu daripada faktor mereka kembali menagih adalah kerana mereka tidak diterima masyarakat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia