Utusan Borneo (Sarawak)

Mampu kesan bahan disyaki dadah dalam tempoh kurang tiga minit

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) semalam menerima sebuah peranti pengesan bahan kimia dikenali sebagai TruNarc yang boleh mengesan dadah, sumbangan Pentadbira­n Penguatkua­saan Anti Dadah Amerika Syarikat (DEA).

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata alat mudah alih bersaiz kecil itu mampu mengesan bahan yang disyaki mengandung­i dadah sama ada dalam bentuk cecair atau serbuk dalam tempoh kurang tiga minit.

Katanya, alat berkenaan berupaya mengesan sehingga 5,000 jenis bahan kimia yang merangkumi jenis-jenis da- dah dan bahan letupan.

“Alat ini lebih berkesan dan tepat dalam mengesan dadah. Terima kasih kepada DEA yang menyumbang­kan alat ini yang dapat memudahkan kami mengenal pasti kandungan dadah.

“Kami sememangny­a mempunyai perancanga­n untuk membeli peralatan ini dan sedang menunggu kelulusan bajet daripada Kementeria­n Dalam Negeri,”

Kami sememangny­a mempunyai perancanga­n untuk membeli peralatan ini dan sedang menunggu kelulusan bajet Negeri.” daripada Kementeria­n Dalam Datuk Seri Mohmad Salleh Pengarah JSJN Bukit Aman

katanya kepada Bernama pada Majlis Serah Terima Peralatan Mengesan Dadah TruNarc daripada DEA kepada JSJN di Bukit Aman, di sini semalam.

Peralatan berkenaan diserahkan oleh Atase DEA Joseph Lipp kepada Mohmad.

Mengulas mengenai kerjasama JSJN dan DEA, Mohmad berkata hubungan itu terjalin sejak 2004 dan mencatatka­n 45 kejayaan operasi setakat ini yang menyaksika­n rampasan 1.7 tan dadah jenis Metamfetam­ina, heroin (46kg), ganja (30kg), Ketamin (4.5kg) dan cecair Ketamin (265kg).

Selain itu, setiap tahun pegawai-pegawai JSJN akan menyertai latihan dan kursus yang dianjurkan oleh DEA antaranya ‘ Tactical Safety and Planning Course’ di Bangkok dan ‘Conspiracy and Complex Investigat­ion Course’ di Sarawak, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Mohmad (kiri) menerima alat mengesan dadah dikenali sebagai ‘ TruNarc’ daripada Atase Pentadbira­n Penguatkua­saan Anti Dadah Amerika Syarikat (DEA) Joseph Lipp di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada majlis penyerahan alat tersebut dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TERIMALAH: Mohmad (kiri) menerima alat mengesan dadah dikenali sebagai ‘ TruNarc’ daripada Atase Pentadbira­n Penguatkua­saan Anti Dadah Amerika Syarikat (DEA) Joseph Lipp di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada majlis penyerahan alat tersebut dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia