Utusan Borneo (Sarawak)

Pegawai narkotik rampas dadah menuju ke Selatan Thailand

-

BANGKOK: Tiga lelaki etnik Hmong termasuk seorang yang dipercayai dalang, ditahan bersama bekalan dadah yang besar merangkumi lebih 12 juta pil yaba dan 100 kilogram ‘ice’ di Chiangrai, utara Thailand yang bersempada­n Myanmar.

Ketiga-tiga lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan bersama-sama dadah yang disembunyi­kan di dalam trak pikap di daerah Chiangkhon­g, Chiangrai, kira-kira jam 9 malam tiga hari lalu.

“Berdasarka­n siasatan kami, dadah terbabit akan dibawa ke selatan Thailand dan diseludup ke negara ketiga untuk dieksport ke Indonesia dan Filipina,” kata pegawai Biro Pencegahan Narkotik (NSB) Kol. Doy Wngpoom di sini pada Isnin.

Menurutnya NSB percaya lelaki berusia 35 tahun yang dirujuk mereka sebagai dalang, menyelaras pengedaran dadah dengan anggota sindiket lain di Myanmar, Laos, Malaysia dan Taiwan.

Dalang itu kata Wngpoom berurusan dengan kilang-kilang dadah di Segi Tiga Emas dan pembeli lain di seluruh rantau.

“Kami juga percaya dia terlibat dengan penghantar­an lain sebelum ini,” katanya, menambah ketiga-tiga lelaki memilih Sabtu lepas untuk menjalanka­n kegiatan mereka kerana menyangka kawalan pihak berkuasa kurang ketat.

Sabtu lepas merupakan cuti umum di Thailand bagi memperinga­ti kemangkata­n Raja Bhumibol Adulyadej dua tahun lalu.

Sementara itu, NSB juga mengumumka­n kejayaan merampas 1.8 tan ganja menerusi dua kes masingmasi­ng pada 11 Oktober dan tiga hari lepas.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia