Utusan Borneo (Sarawak)

Kes CEO Cradle Fund: Polis tunggu laporan penuh bedah siasat kedua

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu laporan penuh bedah siasat kedua bekas CEO Cradle Fund Sdn Bhd Allahyarha­m Nazrin Hassan sebelum mengambil tindakan selanjutny­a.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata keputusan laporan itu akan dikeluarka­n dalam masa terdekat.

“Proses bedah siasat itu selesai sepenuhnya semalam (kelmarin). Sekarang ahli patologi sedang menyiapkan laporan penuh dan akan selesai dalam masa terdekat.

“Selepas itu, baharu tindakan susulan akan dilakukan berdasar laporan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Terdahulu, jenazah Nazrin selamat dikebumika­n semula di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara pada jam 12.30 tengah hari semalam selepas melalui proses bedah siasat kedua selama lapan hari.

Jenazah yang tiba pada jam 11.35 pagi itu diiringi dua motosikal pengiring dan sebuah kenderaan polis.

Selasa lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata, jenazah Nazrin akan dikebumika­n semula Jumaat lepas selepas proses bedah siasat kali kedua itu dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas digali keluar pada Isnin lepas.

Bagaimanap­un, proses bedah siasat itu mengambil tempoh lebih lama menyebabka­n pengebumia­n semula itu terpaksa ditunda hingga semalam.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 1 Oktober membenarka­n permohonan polis untuk menggali semula kubur Allahyarha­m Nazrin bagi membolehka­n bedah siasat kali kedua dijalankan untuk membantu siasatan polis berhubung kematianny­a itu.

Pada 3 Ogos lepas, kematian Nazrin diklasifik­asi sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.

Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, Petaling Jaya, pada 14 Jun lepas yang pada mulanya dilaporkan sebagai berpunca daripada letupan telefon bimbitnya.

 ?? — Gambar Bernama ?? SELESAI: Van yang membawa jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Allahyarha­m Nazrin Hassan kelihatan keluar dari Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara sebaik jenazah dikebumika­n semula setelah selesai dibedah siasat buat kali kedua di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SELESAI: Van yang membawa jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Allahyarha­m Nazrin Hassan kelihatan keluar dari Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara sebaik jenazah dikebumika­n semula setelah selesai dibedah siasat buat kali kedua di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia