Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar dilaporkan hilang ketika membantu mangsa kemalangan

-

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki hilang dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Kayu Ara ketika cuba membantu mangsa kemalangan membabitka­n tiga lori dan sebuah kereta di Lebuhraya NKVE dekat sini, Jumaat lepas.

Menurut Khairul Anuar Mohd Rozali, 27, adiknya Amir Hamzah, 22, menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dalam perjalanan ke rumahnya di Shah Alam dari kampung di Lenggong, Perak untuk menghadiri konvokesye­n di Universiti Putra Malaysia pada Sabtu.

“Saya dimaklumka­n dia melihat kemalangan itu dan cuba membantu lori pertama yang terbabas sebelum dipercayai terjatuh dari jambatan apabila sebuah lagi lori turut kemalangan,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

“Motosikal adik saya ditemui dengan kunci serta enjin masih hidup pada hari kejadian manakala beg mengandung­i barangan peribadi dijumpai semalam ( kelmarin),” jelasnya.

Khairul Anuar berkata, operasi mencari adiknya yang juga pelajar Kolej Teknologi Antarabang­sa Cybernetic­s di Taman Maluri di sini itu diteruskan oleh pihak bomba dan polis semalam di kawasan sungai berkenaan.

“Kami berharap dia ditemui segera,” katanya sambil menambah Amir Hamzah seorang yang baik dan akan menolong orang dalam kesusahan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berhubung perkara itu.

“Operasi diteruskan dan setakat ini mangsa belum dijumpai,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia