Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2019: Selenggara bangunan sekolah perlu diberi tumpuan

-

KOTA BHARU: Penyelengg­araan bangunan di sekolah antara aspek yang perlu menjadi tumpuan kerajaan persekutua­n pada Bajet 2019 yang akan dibentangk­an di Parlimen pada 2 November ini.

Pengerusi Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan ( NUTP) Cawangan Kelantan Johari Ahmed berkata selain itu peruntukan kepada aktiviti sukan, fasiliti komputer dan rangkaian jalur lebar di sekolah perlu ditambah baik.

“Perkara tersebut perlu diberi perhatian khusus bagi meningkatk­an mutu pendidikan negara dan ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatk­an sektor berkenaan,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Johari berkata bagi pembanguna­n modal insan pula, pelbagai kursus berkaitan pendidikan perlu ditawarkan kepada guru dan pegawai pen- didikan sama ada di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mahupun Pejabat Pendidikan Daerah.

“Ia sebagai persediaan kepada kepada pendidik untuk berdepan dengan pelbagai cabaran dinamik dalam usaha mendidik golongan pelajar.

“NUTP Kelantan juga berharap bajet kali ini turut memberi tumpuan terhadap Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi melahirkan pelajar berkualiti dalam bidang berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Johari mengharapk­an agar kerajaan dalam masa yang sama tidak melupakan golongan pelajar miskin yang sering tercicir daripada persekolah­an kerana kekangan kewangan.

“Kita tidak nafikan masih ada pelajar yang tercicir pendidikan oleh kerana desakan hidup, ada yang terpaksa bergilir-gilir pergi sekolah dan ada mereka yang tidak boleh ke sekolah kerana kemiskinan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia