Utusan Borneo (Sarawak)

Negara perlu lebih ramai lay counsellor sebagai sistem sokongan sosial dalam komuniti

-

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan ( NGO) yang layak digesa tampil membantu kerajaan melatih seramai mungkin para kaunselor atau ‘lay counsellor’ bagi membantu memberi perkhidmat­an kaunseling kepada masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, peranan ‘ay counsellor’ sebagai sistem sokongan sosial dalam komuniti amat diperlukan bagi menampung kekurangan kaunselor dalam negara.

“Memang betul masalah tekanan hidup dan masalah mental semakin meningkat di negara kita dan kita memang memerlukan lagi banyak kaunselor, namun ada masalah kerana tidak ramai yang ambil jurusan kaunselor keluar menjadi kaunselor.

“Mungkin kerana kerja ini tidak menarik atau tidak ada ‘glamour’, “katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (BN-Batang Lupar) yang ingin tahu mengenai pemantauan yang dibuat Lembaga Kaunselor Malaysia terhadap peranan guru kaunselor di sekolah dan institusi pengajian tinggi dalam menangani kes tekanan jiwa dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti.

Dr Wan Azizah menjelaska­n, kementeria­n memberi perhatian terhadap masalah mental di institusi pengajian tinggi dan sekolah termasuk masalah tekanan jiwa, mangsa buli dan pen- deraan.

“Bukan sahaja masalah tekanan jiwa, mangsa buli dan penderaan, mereka yang membuli juga perlu diberi kaunseling.

Saya baharu sahaja melancarka­n satu program yang dibuat oleh NGO tentang buli dan bagaimana kita nak menanganin­ya.

“Kita ada para kaunselor anjuran Institut Sosial Malaysia yang memberi pendedahan asas mengenai apakah kaunseling dan psikologi kepada masyarakat, dan para kaunselor dan lay counsellor ini boleh dirangkumk­an dan diberi latihan,” kata Dr Wan Azizah.

Menjawab soalan asal Rohani mengenai peranan Lembaga Kaunselor dalam menangani kes tekanan jiwa dan mental yang dilihat semakin meningkat di negara ini, beliau berkata ia berperanan memastikan perkhidmat­an kaunseling profesiona­l dilaksana mengikut standard ditetapkan dan latihan kepada kaunselor di institusi pengajian tinggi awam atau swasta adalah mengikut piawaian badan itu.

Sepanjang 2018, katanya, Lembaga Kaunselor menganjurk­an lima beng- kel berbentuk teori dan amali untuk memperting­kat kemahiran kaunselor dan menganjurk­an dua seminar tentang kesedaran masalah kesihatan mental di peringkat kebangsaan iaitu di Sabah dan Putrajaya.

Dr Wan Azizah berkata, pada 1 Oktober lalu beliau melancarka­n ‘Garis Panduan Perkhidmat­an Kaunseling Keluarga dan Perkahwina­n’ yang dibangunka­n Lembaga Kaunselor yang boleh dijadikan rujukan dalam pengendali­an isu dalam keluarga seperti penderaan, keganasan rumah tangga, penceraian dan pengabaian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERJELAS: Wan Azizah menjawab pertanyaan media selepas menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PERJELAS: Wan Azizah menjawab pertanyaan media selepas menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia