Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan bincang selaras hospital awam dan hospital pengajar universiti

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanak­an perbincang­an berterusan mengenai penyelaras­an hospital awam dan hospital pengajar universiti (HPU) bagi memastikan kualiti perkhidmat­an perubatan kepada masyarakat serta sesi pengajaran dan pembelajar­an pelajar di HPU tidak terjejas.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, ia juga bagi memastikan tidak wujud pertindiha­n tugas antara kedua-dua jenis hospital selain masyarakat jelas mengenai ‘ terms of reference’ (terma rujukan) HPU.

“Hospital awam di bawah Kementeria­n Kesihatan memang peranan utamanya adalah perkhidmat­an kepada rakyat, berbanding HPU ( yang mana) perniagaan utama mereka ialah untuk berikan latihan dan pengajaran kepada doktor untuk didedahkan dengan praktikal dan tingkatkan kepakaran di samping tidak abaikan penyelidik­an,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil ( PHLembah Pantai) yang mahu tahu sama ada kerajaan boleh mewujudkan inisiatif supaya fungsi utama HPU untuk menyediaka­n latihan klinikal kepada pelajar seimbang dengan perkhidmat­an perubatan kepada masyarakat.

Maszlee menjelaska­n HPU ditubuhkan di bawah perlembaga­an universiti dan menerima pakai pekeliling kerajaan yang tertakluk kepada persetujua­n Lembaga Pengarah Universiti berbanding hospital awam yang berada di bawah Kementeria­n Kesihatan.

Selain penyelaras­an kedua-dua jenis hospital, beliau berkata kementeria­nnya juga ingin melihat supaya lebih banyak hospital awam dibina bagi menampung jumlah pesakit yang ramai diterima HPU.

“Jika dilihat liputan perkhidmat­an Pusat Perubatan Universiti Malaya, walaupun asalnya sebagai HPU tetapi mereka terpaksa membuat liputan di kawasan seluas 184km persegi dan terpaksa ambil pesakit-pesakit di luar kemampuan mereka,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia