Utusan Borneo (Sarawak)

Kebanyakan kes kehilangan pasport Malaysia di Thailand kerana kecuaian sendiri: Duta

-

BANGKOK: Kebanyakan kes kehilangan pasport Malaysia di Thailand adalah disebabkan kecuaian pemegang dokumen itu sendiri, kata Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel.

Rakyat Malaysia di Thailand dinasihatk­an supaya sentiasa berhati-hati dengan menyimpan pasport mereka di tempat yang selamat dan sentiasa mengelak ia daripada tercicir atau dicuri.

“Nasihat saya ( kepada rakyat Malaysia) adalah sentiasa berhati-hati kerana pasport itu diibaratka­n seperti ‘nyawa’ mereka. Jangan ada sikap sambil lewa terhadap kepentinga­n pasport,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Jika mereka terpaksa membawa pasport ketika membeli-belah atau bersiar, dokumen itu sepatutnya diletakkan di tempat yang selamat seperti di bahagian hadapan badan pemegangny­a dan bukan di belakang bagi mengelak ia dicuri atau tercicir, menurutnya.

Rakyat Malaysia di Thai- land yang kehilangan pasport perlu membuat laporan di balai polis berhampira­n terlebih dahulu sebelum membuat laporan di pejabat konsular kedutaan atau konsulat negara, menurut Jojie.

Adalah penting juga rakyat Malaysia sentiasa menyimpan maklumat tentang kedutaan atau konsulat negara terutama alamatnya, laman sesawang dan nombor telefon terutamany­a pegawai kedutaan yang bertugas 24 jam.

“Jangan panik, buat laporan polis dan maklumkan kepada pihak kedutaan,” katanya dan menambah, sekiranya segala peraturan dipatuhi, pihak kedutaan akan mengeluark­an Sijil Kecemasan ( Emergency Certificat­e) kepada rakyat Malaysia yang kehilangan pasport itu.

Sijil Kecemasan yang dikeluarka­n pihak kedutaan akan membolehka­n mereka pulang ke Malaysia dengan selamat.

Semalam Bernama melaporkan, Thailand adalah antara negara yang merekodkan kehilangan pasport Malaysia paling tinggi dengan 90 peratus kehilangan dokumen itu berlaku di kawasan membeli-belah utama di sekitar bandar raya ini.

Tahun lepas, sebanyak 124 pasport Malaysia dilaporkan hilang di negara ini manakala bagi tahun ini sehingga September lalu, pihak Kedutaan Malaysia di sini menerima laporan kehilangan 87 keping dokumen tersebut daripada simpanan pemiliknya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia