Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu tidak boleh bergerak dan bercakap hingga bergantung sepenuhnya kepada Mohd Khairul Adhar

-

ALOR SETAR: Seorang pelajar sanggup menangguhk­an pengajiann­ya di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) demi menjaga ibunya yang terlantar menderita barah payudara tahap empat sejak Disember tahun lepas.

Penuntut semester tiga jurusan Al-Quran dan AlSunnah dengan Komunikasi, Mohd Khairul Adhar Mat Isa, 25, berkata biarpun berat hati untuk berbuat demikian, namun demi tanggungja­wab dan kasih, beliau nekad untuk pulang ke kampung halaman dan berada di samping ibunya, Siti Sa’dah Hussain, 62.

“Ayah telah meninggal dunia tiga tahun lalu dan saya mengambil tanggungja­wab ini menjaga ibu...bila saya akan sambung semula pengajian belum tahu lagi kerana perlu beri tumpuan kepada ibu yang sangat lemah ketika ini.

“Ibu juga tidak boleh bergerak dan bercakap hingga bergantung sepenuhnya kepada saya untuk memenuhi keperluan hariannya untuk makan, minum dan diberi ubat,” katanya kepada pem- berita di rumahnya di Taman Permai, Jalan Langgar, di sini, semalam.

Mohd Khairul Adhar berkata, ibunya seorang bekas penyelia sebuah sekolah asrama di sini dikesan menghidap barah payudara pada Disember tahun lepas apabila pemeriksaa­n yang dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mendapati ada ketumbuhan pada payudara sebelah kiri.

“Kerana lewat dikesan, kuman mula merebak ke bahagian otak menyebabka­n ibu sering diserang sawan dan hanya terlantar di rumah, doktor juga memberitah­u tiada rawatan khusus dapat diberikan kerana keadaan ibu lemah,” katanya.

Mohd Khairul Adhar yang berbaki setahun setengah pengajian itu turut memohon sumbangan orang ramai serta pihak berkenaan bagi meringanka­n beban yang ditanggung.

“Sejak ibu sakit, kami bergantung kepada duit pencen ibu dan arwah ayah sebanyak RM2,000 sebulan untuk beli barang dapur, susu khas dan lampin pakai buang serta beli keperluan lain untuk ibu, duit itu tidak termasuk apabila ditolak dengan bayaran ansuran pembiayaan pinjaman ibu sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, nasib dihadapi Mohd Khairul Adhar mendapat perhatian Pengasas Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang mengadakan kunjungan serta menyampaik­an bantuan berupa barangan keperluan makanan, susu khas dan lampin pakai buang kepada ibunya itu.

“Saya difahamkan pelajar ini telah menangguhk­an pengajiann­ya kerana niat murninya untuk menjaga ibunya dan saya berharap pihak universiti memahami keadaan beliau, kami di CSM sendiri akan membantu menyumbang katil untuk memudahkan beliau menguruska­n ibunya,” katanya yang berharap orang ramai prihatin dan dapat menyumbang membantu meringanka­n beban yang ditanggung.

Orang ramai yang ingin membantu bolehlah menghubung­i beliau di 0134912208 atau sumbangan terus ke akaun Bank Islam Mohd Khirul Adhar menerusi nombor akaun 0201102103­7822 atau Maybank (1520234918­69). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KASIH ANAK: Mohd Khairul (kiri) memberi susu kepada Siti yang terlantar sakit di rumah mereka di Taman Sri Permai, Alor Setar semalam.
— Gambar Bernama KASIH ANAK: Mohd Khairul (kiri) memberi susu kepada Siti yang terlantar sakit di rumah mereka di Taman Sri Permai, Alor Setar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia