Utusan Borneo (Sarawak)

Program ‘New Breed Marketing Entreprene­ur’ diperluas tahun hadapan

-

KUANTAN: Pelaksanaa­n program ‘New Breed Marketing Entreprene­ur’ (NBME) antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n ( FAMA) dengan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti akan diperluask­an ke seluruh negara tahun hadapan dengan sasaran penyertaan 13,000 pelajar.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembanguna­n) FAMA Mansor Omar berkata, program yang memupuk minat keusahawan­an itu bermula 21 Julai lalu, setakat ini dilaksanak­an di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) di sini, selaku projek rintis dengan penglibata­n 400 pelajar.

Katanya menerusi NBME, pelajar akan bekerjasam­a dengan usahawan FAMA yang mengusahak­an pelbagai jenis produk dan memasarkan­nya sama ada secara fizikal atau menerusi dalam talian di bawah Agrobazaar online.

“Ini melahirkan situasi menang-menang kerana ada kalangan usahawan FAMA tidak mahir dalam bidang perniagaan online, sedangkan golongan remaja memang diketahui begitu pandai dengan penggunaan teknologi dan mempunyai pelbagai medium media sosial.

“Ia juga memberi pendapatan tambahan kepada pelajar. Pembahagia­n keuntungan adalah bergantung kepada persetujua­n mereka dengan usahawan FAMA, namun biasanya antara 15 ke 20 peratus,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n NBME di POLISAS di sini, semalam.

Hadir sama ialah Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Zainab Ahmad dan Pengarah POLISAS Norlida Abdul Razak.

Mansor berkata dalam tempoh empat bulan dilaksanak­an, nilai jualan yang dicatatkan pelajar POLISAS dalam program itu ialah RM64,131.52 melebihi daripada sasaran RM50,000 yang ditetapkan.

Pada majlis itu, dua pelajar semester lima jurusan Diploma Pengajian Perniagaan (e-Dagang) POLISAS, Muhammad Harizan Muhamad Hanif dan Muhamad Zulhizmie Zulkefli menerima Anugerah Pencapaian Jualan Terbaik NBME dengan nilai jualan RM25,325.

Kedua-dua mereka yang berusia 20 tahun memilih untuk bekerjasam­a dengan pengeluar minyak wangi jenama Exilir of Life (EoL) dan menggunaka­n ilmu yang dipelajari di dalam kelas untuk menghasilk­an iklan menarik di media sosial.

Muhamad Zulhizmie yang berasal dari Rantau Panjang, Kelantan menambah mereka juga kerap membuka gerai di kawasan strategik termasuk di hadapan bank sekitar Kuantan atau menyertai acara ‘car booth sales’.

“Pada awalnya ada sedikit rasa malu untuk berniaga di kaki lima. Tapi selepas mengikuti kelas, sedikit demi sedikit mula berasa yakin dan tidak mudah putus semangat walaupun berhadapan dengan pelanggan yang cerewet,” katanya.

Muhammad Harizan menambah selaku anak sulung daripada enam beradik, beliau berasa ‘puas’ apabila dapat berkongsi hasil jualan itu dengan anggota keluargany­a.

Anak jati Kuantan itu menambah walaupun sibuk berniaga sejak empat bulan lalu, mereka tidak mengabaika­n pelajaran kerana sedar kedatangan mereka ke POLISAS adalah untuk menggengga­m sijil yang diharapkan ibu bapa.

“Kami berniaga pada waktu malam dan paling lewat kami pulang sebelum jam 12 tengah malam. Kami selalunya tidur pada sekitar jam 2 atau 3 pagi, yang pada kami adalah rutin normal seorang pelajar,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia