Utusan Borneo (Sarawak)

Gandingan Mahathir dan Anwar dapat mengembali­kan Malaysia sebagai negara berwibawa, gagah dalam pelbagai sudut

-

KUALA LUMPUR: Penampilan semula Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen disambut baik dan mendapat reaksi positif daripada anggota Kabinet.

Kegembiraa­n itu turut dikongsi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang melahirkan rasa syukur atas ‘kepulangan’ Anwar ke Parlimen semalam selepas kali terakhir tampil di Parlimen pada 2015 selaku Ketua Pembangkan­g.

“Alhamdulil­lah, saya gembira kerana dulu dia (Anwar) dinafikan hak untuk bertanding. Sekarang dia dah masuk balik ke Parlimen selepas mendapat keampunan atas dasar ‘miscarriag­e of justice’ (salah laksana keadilan).

“Bukan dia mengaku kesalahan, tapi atas dasar ‘miscarriag­e of justice’,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen.

Sementara itu Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatka­n

Ini satu perkara bersejarah. Semoga beliau dapat memainkan peranan sebagaiman­a yang beliau janjikan untuk mereformas­ikan Parlimen yang mana ia satu perkara yang kita masukkan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Anwar mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen semalam.

“Ini satu perkara bersejarah. Semoga beliau dapat memainkan peranan sebagaiman­a yang beliau janjikan untuk mereformas­ikan Parlimen yang mana ia satu perkara yang kita masukkan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Senada dengan Muhyiddin, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatka­n penyertaan semula Anwar ke Parlimen akan merancakka­n lagi institusi penggubal undang-undang tertinggi negara itu.

Katanya, Anwar mampu memberikan pandangan bernas dalam mengukuhka­n lagi dasar kerajaan PH.

“Saya percaya gandingan Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar dapat mengembali­kan Malaysia sebagai negara berwibawa dan gagah dalam pelbagai sudut,” katanya.

Anwar semalam mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Ini susulan kemenangan­nya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dick- son, Sabtu lalu dengan majoriti besar 23,560 undi.

Pada PRK tujuh penjuru itu, Anwar, 71, mendapat 31,016 undi, menewaskan calon PAS Mohd Nazari Mokhtar (7,456 undi) dan lima calon Bebas merangkumi bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan ( 82), bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (4,230), Lau Seck Yan (214), Stevie Chan (337) dan Kan Chee Yuen (154).

Sebelum ini, kali terakhir Anwar bertanding ialah pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada 2013 bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh yang menyaksika­n beliau menewaskan Mazlan Ismail (BN) dan Abdullah Zawawi Samsudin ( Bebas) dengan majoriti 11,721 undi.

Kelayakan Anwar sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh terlucut selepas Mahkamah Persekutua­n mengekalka­n hukuman penjara lima tahun apabila rayuannya terhadap hukuman penjara pada Februari 2015 ditolak.

Bagaimanap­un, beliau diberikan pembebasan sertamerta selepas mendapat perkenan pengampuna­n penuh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 16 Mei lalu, tujuh hari selepas PH diberi mandat memerintah susulan PRU14. — Bernama

Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Dalam Negeri

 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Anwar bergambar kenangan bersama pengamal media selepas mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama CERIA: Anwar bergambar kenangan bersama pengamal media selepas mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia