Utusan Borneo (Sarawak)

Mahathir gembira Anwar kembali ke Parlimen

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau gembira Datuk Seri Anwar Ibrahim telah kembali ke Dewan Rakyat selepas menang pada pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson pada Sabtu lalu.

“Kita memang telah menjangka beliau akan kembali, kita tahu beliau akan menang...sudah tentu saya gembira. Beliau dari parti yang sama,” kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Anwar mengalahka­n enam calon lain termasuk calon PAS Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan memperoleh majoriti undi lebih besar sebanyak 23,560-undi majoriti.

Anwar mengangkat sumpah jawatan sebagai anggota Dewan Rakyat di hadapan Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebaik sahaja Dewan Rakyat memulakan sidang mesyuarat kedua penggal pertama Parlimen ke-14.

Ditanya mengenai usaha yang sedang diambil kerajaan ke arah pemansuhan hukuman mati mandatori secara digantung sampai mati, Dr Mahathir berkata perundanga­n bagi maksud itu masih belum diluluskan.

“Hanya bercakap me- ngenainya sahaja tidak bermakna hukuman itu telah dimansuhka­n. Ia belum dimansuhka­n lagi, kita kena tunggu sehingga akta mengenai perkara itu diluluskan,” kata Dr Mahathir.

Mengenai keputusan Malaysia membebaska­n 11 ta- hanan Islam berketurun­an etnik Uighur, beliau berkata: “Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan di negara ini, jadi mereka dibebaskan,” kata beliau. Dilaporkan mereka telah tiba di Turki.

Keputusan itu mendapat kritikan Beijing. — Bernama KUALA LUMPUR: Kemenangan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Port Dickson Sabtu lepas membuktika­n rakyat mempunyai keyakinan terhadap Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan agenda pembaharua­n Malaysia Baharu.

Ketika mengucapka­n tahniah kepada Anwar, Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) P. Waytha Moorthy berkata keputusan pilihan raya kecil itu memberi petanda baik terhadap usaha membina sebuah ‘ Malaysia Baharu’ yang adil, saksama, telus dan bebas daripada rasuah.

“Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga secara langsung mengukuhka­n lagi kedudukan Pakatan Harapan di Dewan Rakyat kerana ahli parlimen yang baharu dipilih itu akan dapat memanfaatk­an pengalaman serta pendedahan beliau.

“Saya ucap selamat maju jaya kepada Ahli Parlimen baharu Port Dickson (Anwar) dalam apa jua usaha yang dilakukan pada masa akan datang bagi mengukuhka­n lagi kerajaan pimpinan Pakatan Harapan dalam membina sebuah Malaysia Baharu,” kata Waytha Moorthy, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dalam kenyataan di sini semalam.

Anwar, 71, mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat di hadapan Yang Dipertuany­a Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, semalam selepas Dewan Rakyat memulakan mesyuarat kedua penggal pertama Parlimen ke-14.

Pada pilihan raya kecil Sabtu lepas, beliau mendapat 31,016 undi dan menang dengan majoriti 23,560 undi dalam pertanding­an tujuh penjuru.

Anwar ditentang Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar daripada PAS, yang mendapat 7,456 undi dan lima calon Bebas – bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (4,230); Stevie Chan (337); Lau Seck Yan (214); Kan Chee Yuen (154) dan Mohd Saiful Bukhari Azlan (82). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Dr Mahathir (kiri) bersalaman bersama Anwar sebelum mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Dr Mahathir (kiri) bersalaman bersama Anwar sebelum mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia