Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan sensasikan isu arak: Teng

-

SHAH ALAM: Exco kerajaan Selangor Datuk Teng Chang Khim semalam meminta semua pihak supaya tidak mensensasi­kan isu membabitka­n penganjura­n pesta arak di negeri ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pelaburan, Perindustr­ian dan Perdaganga­n dan Pengangkut­an berkata sebelum ini kerajaan Selangor tidak pernah menghalang penganjura­n acara yang memenuhi peraturan yang ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), termasukla­h membabitka­n acara pengambila­n arak.

“Pesta ini sebenarnya adalah ‘Oktoberfes­t’ bukan pesta arak… kita tidak sepatutnya mensensasi­kan satu program perniagaan yang dianjurkan peniaga dengan menukar nama program tersebut sesuka hati.

“Segala kegiatan perniagaan boleh membuat permohonan kepada PBT dan kelulusan acara tersebut pula tertakluk kepada syarat yang ditetapkan PBT dan itu pendirian kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau turut membidas kenyataan Pengerusi Jawatankua­sa Kebudayaan Dan Pelanconga­n, Peradaban Melayu Dan Warisan Datuk Abdul Rashid Asari yang menyifatka­n acara itu tidak mempunyai nilai moral.

Teng berkata, Abdul Rashid sebagai Exco sepatutnya tidak mengeluark­an kenyataan seperti itu berikutan negara ini terdiri daripada masyarakat pelbagai budaya dan kaum.

“Saya kira Datuk Abdul Rashid adalah Exco yang baharu... belum sampai lima bulan (menjadi Exco), jadi beliau tidak mengetahui dasar dan pendirian kerajaan mengenai isu ini.

“Adalah tidak wajar beliau membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak benarkan Oktoberfes­t dan ia kenyataan yang salah, pendirian beliau bahawa Oktoberfes­t ini adalah program yang tidak bermoral adalah pendapat peribadiny­a, “tegas Teng.

Baru-baru ini, Abdul Rashid berkata, kerajaan negeri tidak bercadang membenarka­n mana-mana pihak untuk menganjurk­an pesta arak atau Oktoberfes­t di negeri ini.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan negeri tidak akan menyokong apa-apa kegiatan atau program yang tidak mempunyai nilai moral termasukla­h penganjura­n pesta arak.

Abdul Rashid turut menjelaska­n setakat ini pihaknya belum menerima sebarang permohonan melibatkan penganjura­n pesta arak di Selangor.

Sementara itu, mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung sikap pemimpin parti itu yang menerima darjah kebesaran negeri Sabah dan Melaka, Teng yang juga naib pengerusi DAP Selangor berkata, tidak ada larangan kepada pemimpin parti itu untuk menerima sebarang pengurniaa­n darjah, bintang atau pingat kebesaran.

Beliau berkata, DAP perlu mewujudkan peraturan atau dasar baharu yang lebih jelas berhubung perkara tersebut bagi menjaga kebaikan semua pihak di dalam parti terssbut.

“Tidak ada larangan (terima darjah kebesaran), belum ada dasar parti menjurus ke arah itu... mungkin ada sedikit salah faham dan setahu saya DAP tidak melarang pemimpin terima darjah kebesaran.

“Sebab itu kena ada dasar bertulis berhubung isu ini yang akan dijadikan panduan kepada semua pemimpin DAP pada masa depan,” katanya.

Kelmarin, Lim menegur sikap pemimpin parti itu yang menerima darjah kebesaran kerana dikhuatiri akan menimbulka­n persepsi lain kepada rakyat susulan parti itu baharu tahun pertama berada dalam kerajaan persekutua­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia