Utusan Borneo (Sarawak)

Anwar angkat sumpah selaku anggota Dewan Rakyat

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Upacara itu diadakan pada kira-kira jam 10 pagi sejurus Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen Ke- 14 mula bersidang.

Ini susulan kemenangan Anwar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Sabtu lalu dengan majoriti besar 23,560 undi.

Mohamad Ariff ketika mengalu-alukan Ahli Parli- men terbaharu itu mengucapka­n tahniah kepada Anwar atas kemenangan­nya di PRK Port Dickson.

“Sebagaiman­a yang saya ungkapkan pada hari pertama Dewan Rakyat sebelum ini, dewan ini mempunyai kedudukan tertinggi dalam menentukan undang- undang negara untuk memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

“Dewan ini mempunyai wibawanya yang sendiri, justeru peranan Parlimen ini perlu dihayati sebaiknya,” kata Mohamad Ariff yang yakin Anwar mampu melaksanak­an tugas dengan sebaiknya serta memberi sumbangan berfaedah kepada negara, tambahnya mengenai ketua umum PKR itu.

Pada PRK tujuh penjuru itu, Anwar, 71, mendapat 31,016 undi, menewaskan calon PAS Mohd Nazari Mokhtar (7,456 undi) dan lima calon Bebas merangkumi bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan (82), bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (4,230), Lau Seck Yan (214), Stevie Chan (337) dan Kan Chee Yuen (154). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia