Utusan Borneo (Sarawak)

Penerimaan darjah, bintang kebesaran terpulang kepada individu, kata Rina

-

PUTRAJAYA: Terpulang pada individu untuk menerima pencalonan darjah, bintang dan pingat kebesaran, kata Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Rina, yang merupakan seorang daripada lima menteri Kabinet yang menerima darjah kebesaran negeri Melaka bergelar ‘Datuk Seri’ minggu lepas berkata, penganuger­ahan itu akan meningkatk­an semangatny­a untuk terus menabur khidmat dan bakti kepada masyarakat.

“Boleh beri pandangan dan pendapat. Agaknya kalau yang komen itu diberikan pangkat dia akan terima atau tolak?” katanya secara berseloroh kepada pemberita selepas majlis konvokesye­n Universiti Kuala Lumpur ( UniKL) di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya di sini semalam.

Rina dianugerah­kan Darjah Gemilang Seri Melaka ( DGSM) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ bersempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob minggu lepas.

Gelaran Datuk Seri yang diterima oleh barisan Kabinet baharu itu dipertikai segelintir pengguna media sosial yang mempersoal­kan bakti mereka yang baharu lima bulan memegang jawatan selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 Mei lalu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kelmarin menegur sikap pemimpin parti itu yang menerima darjah kebesaran negeri Sabah dan Melaka yang membawa gelaran Datuk, sebelum menunjukka­n komitmen serta prestasi kepada rakyat.

Empat pemimpin DAP yang menerima gelaran Datuk ialah Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fat; Menteri Belia dan Sukan Sabah, Frankie Poon Ming Fung; Pengerusi DAP Melaka, Tey Kok Kiew dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Melaka, Dr Wong Fort Pin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia