Utusan Borneo (Sarawak)

Kekalahan memalukan 0-3 kepada Belanda menjerumus kepada kegoyahan masa depan jurulatih itu bersama Jerman

-

BERLIN, Jerman: Media Jerman ‘menghentam’ jurulatih kebangsaan Jerman, Joachim Loew selepas pasukan bekas juara dunia itu dimalukan 0-3 oleh Belanda, sekali gus menyebabka­n masa depan beliau semakin samar menjelang perlawanan menentang juara dunia baharu, Perancis, hari ini.

“Tidak ketika ini,” kata Loew pada satu sidang media selepas perlawanan apabila ditanya jika beliau masih menentukan masa depannya selepas tewas kepada Belanda Sabtu lepas, kekalahan terburuk mereka kepada Belanda.

“Ia adalah kekalahan teruk dan mengecewak­an, terutama sekali kerana kami telah mengawal permainan pada 30 minit pertama,” kata Loew di mana kontrak beliau hanya berakhir pada 2022.

Kedudukan mungkin 4-0 jika rembatan Memphis Depay tidak terkena palang pada minit akhir ketika pertahanan Jerman ‘roboh’ pada 10 minit terakhir.

Jika Jerman tewas kepada Perancis pada perl a w a n a n di Paris hari ini, ia bermakna ia adalah rekod kekalahan k e e n a m Jerman pada kalendar satu tahun. Selepas membimbing Jerman muncul juara dunia 2014, Loew berasa tersinggun­g apabila ditanya jika kekalahan terburuk itu adalah perlawanan ke168 dan terakhir beliau bersama Jerman. Loew baharu menandatan­gani kontrak baharu sehingga 2022 bersama Per- satuan Bola Sepak Jerman (DFB) pada bulan Mei, namun melainkan nasib pasukan berubah, kedudukan beliau mungkin tidak dapat dikekalkan.

Selepas kempen buruk di Piala Dunia 2018 di mana Jerman tersingkir di pusingan pertama dan berada di tangga terbawah kumpulan, Loew sekali lagi mendapati pasukannya berada di tangga teratas kumpulan dalam Liga Negara UEFA (UNL).

Jerman harus menang dua perlawanan terakhir kejohanan, bermula dengan menentang Perancis hari ini dan Belanda di Gelsenkirc­hen pada 19 November atau tersingkir dari kumpulan.

Kedudukan Loew kelihatan selamat sehingga perlawanan menentang Belanda dalam tempoh lima minggu lagi.

“Ia jelas pasukan akan mengalami kesan selepas Piala Dunia,” kata Presiden DFB, Reinhard Grindel.

“Apa yang penting ialah terus bersatu sebagai pasukan dalam dan luar padang.

“Kami pastinya mahukan keputusan yang lebih baik tetapi kita harus melihat ke hadapan dan memberikan fokus kepada perlawanan menentang Perancis Selasa ini dan perlawanan menentang Belanda pada bulan November.”

Akhbar- akhbar utama Jerman bagaimanap­un tidak mempunyai pandangan yang sama.

“Markah paling rendah untuk Loew! Naik berang selepas soalan tentang masa depannya sebagai jurulatih,” tulis akhbar paling laris Jerman, Bild.

Majalah bola sepak, Kicker, menjelaska­n bahawa walaupun janji Loew untuk permulaan baharu, tiada banyak yang berubah.

“Permulaan baharu? Pasukan Loew meneruskan cerita yang sama di Piala Dunia.

“Selepas kekalahan 0- 3, pasukan Jerman bergelut mengelak penyingkir­an. Ini bukan kekalahan biasa tetapi akibat dari beberapa kesilapan.

“Ia dibangkitk­an sekali lagi – persoalan tentang masa depan Loew.”

Beberapa lagi akhbar utama Jerman juga mengeluark­an kritikan yang sama. — AFP

Ia adalah kekalahan teruk dan mengecewak­an, terutama sekali kerana kami telah mengawal permainan pada 30 minit pertama. Joachim Loew Jurulatih kebangsaan Jerman

 ?? — Gambar AFP ?? LOEW PERLU TEGAS: Loew memberi arahan kepada anak-anak buahnya ketika menjalani sesi latihan sebelum perlawanan Liga Negara UEFA di antara Belanda dan Jerman di Amsterdam, pada 9 Oktober lalu.
— Gambar AFP LOEW PERLU TEGAS: Loew memberi arahan kepada anak-anak buahnya ketika menjalani sesi latihan sebelum perlawanan Liga Negara UEFA di antara Belanda dan Jerman di Amsterdam, pada 9 Oktober lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia