Utusan Borneo (Sarawak)

Mancini raih kemenangan pertama

-

CHORZÓW, Poland: Cristiano Biraghi menjaringk­an gol kemenangan lewat untuk memberikan jurulatih baharu Itali, Roberto Mancini, kemenangan pertama pada perlawanan kompetetif, sekali gus mengekalka­n harapan Itali pada kejohanan Liga Negara UEFA (UNL) apabila menewaskan Poland 1-0 dalam aksi Kumpulan 3 dari Liga A di sini Ahad lepas.

Biraghi, 26, menjaringk­an gol kemenangan pada minit kedua masa kecederaan untuk gol sulung beliau bersama Itali sementara kekalahan mengesahka­n Poland tersingkir ke Liga B.

Ini memberikan Mancini kemenangan kompetetif pertama sejak dilantik sebagai jurulatih pada bulan Mei selepas Itali gagal layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

“Kitaran baharu sudah bermula,” kata Mancini.

“Kami menguasai permainan dan harus menjaringk­an gol pertama kerana ia pastinya tidak adil untuk berakhir dengan 0-0.

“Semua pemain cuba melakukan yang terbaik. Ia kemenangan yang bagus.”

Biraghi, pemain pertahanan kelab Fiorentina, membuat isyarat nombor ‘13’ ketika mengabadik­an gol pertama beliau kepada bekas kapten Fiorentina, Davide Astori, yang meninggal dunia kerana serangan jantung tahun lepas.

“Saya berterima kasih di atas segala- galanya kepada beliau. Saya berada di sini kerana Davide, yang merupakan mentor saya,” kata Biraghi, yang dipanggil ke dalam skuad Itali buat kali pertama pada usia 26 tahun bulan lepas.

Portugal mendahului kumpulan dengan enam mata dari dua perlawanan sementara Itali kini mengumpul empat mata sementara Poland tersingkir ke Liga B dengan satu mata.

Mancini mengekalka­n kesebelasa­n utama yang seri 1- 1 dengan Ukraine pada perlawanan persahabat­an Rabu lepas, dengan Federico Bernardesc­hi, Lorenzo Insigne dan Federico Chiesa mengetuai serangan.

Nicolo Barella, 21, dipilih untuk bermula dalam kesebelasa­n utama berbanding Lorenzo Pellegrini di bahagian tengah selepas membuat penampilan sulung antarabang­sa di Genoa.

Poland memilih gandingan serangan Robert Lewandowsk­i dan Arkadiusz Milik berbanding Krzysztof Piatek, yang menjaringk­an 14 gol dalam 10 perlawanan kompetetif untuk Itali dan kelabnya, Genoa.

Itali mempunyai peluang terbaik dalam separuh masa pertama tetapi sekali lagi penyudah mereka hambar.

Jorginho melihat rembatanny­a terkena palang seawal minit pertama sebelum cubaan Federico Chiesa juga terkena palang pada minit ke-30.

Poland berterima kasih kepada penjaga golnya, Wojciech Szczesny kerana mengekalka­n kedudukan tanpa jaringan sehingga rehat apabila menepis cubaan Alessandro Florenzi, Jorginho, Federico

Bernardesc­hi dan Giorgio Chiellini dalam separuh masa pertama.

Poland juga mempunyai beberapa peluang dalam separuh masa kedua dengan cubaan Kamil Grosicki ditepis penjaga gol Gianluigi Donnarumma dan cubaan Milik tersasar.

Ketika kedua-dua pasukan membayangk­an keputusan seri, dari satu tendangan sudut Kevin Lasagna, Biraghi melakukan penyudah tepat untuk kemenangan berharga.

Kemenangan memastikan Itali mengekalka­n kedudukan dalam Liga A menjelang undian kelayakan Euro 2020.

Itali akan menentang Portugal pada 17 November depan sementara Poland akan menentang Portugal tiga hari kemudian. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PENUH AKSI: Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Negara UEFA di antara Poland dan Itali di Stadium Silesian di Poland. Itali menang dengan 1-0.
— Gambar Reuters PENUH AKSI: Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Negara UEFA di antara Poland dan Itali di Stadium Silesian di Poland. Itali menang dengan 1-0.
 ?? — Gambar AFP ?? TERBAIK: Pasukan Portugal meraikan gol jaringan Costa pada aksi perlawanan persahabat­an antarabang­sa di antara Scotland dan Portugal di Hampden Park di Glasgow.
— Gambar AFP TERBAIK: Pasukan Portugal meraikan gol jaringan Costa pada aksi perlawanan persahabat­an antarabang­sa di antara Scotland dan Portugal di Hampden Park di Glasgow.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia