Utusan Borneo (Sarawak)

Costa tambat hati penyokong dengan satu gol pada penampilan pertamanya

-

GLASGOW, Scotland: Helder Costa meraikan penampilan sulung bersama Portugal dengan satu gol ketika juara Eropah itu menewaskan Scotland 3- 1 pada perlawanan persahabat­an di sini Ahad lepas.

Costa, penyerang kelab Wolverhamp­ton Wandereres, menjaringk­an gol pada lewat separuh masa pertama perlawanan di Hampden Park.

Dan walaupun ketiadaan bintang utama, Cristiano Ronaldo, skuad kendalian Fernando Santos menamatkan permainan dengan dua lagi gol oleh Eder dan Bruma pada separuh masa kedua.

Ronaldo tidak disenaraik­an ke dalam skuad kebangsaan ketika berdepan pertuduhan rogol, yang telah dinafikan sekeras-kerasnya.

Ronaldo bukan satu-satu pemain bintang yang tiada d a l a m s e n - arai skuad perlawanan.

Pemain pertahanan Pepe dan pemain tengah, Bernardo Silva, dibenarkan kembali ke kelab masing-masing ketika Santos melakukan beberapa pertukaran dari perlawanan ketika menewaskan Poland pada kejohanan Liga Negara UEFA (UNL) Khamis lepas.

Tersentak dengan kekalahan memalukan 1-2 kepada Israel pada kejohanan UNL Khamis lepas, Scotland kelihatan lebih kompetetif menentang lawan yang lebih gah.

Steven Naismith menjaringk­an gol sagu hati Scotland pada minit kecederaan tetapi skuad kendalian Alex McLeish itu terlepas peluang untuk mengembali­kan keyakinan pasukan ketika menentang Portugal.

Scotland hampir menghadiah­kan gol awal kepada Portugal apabila Sergio Ol- iveira cuba menanduk keluar hantaran bahaya James Forrest tetapi sebaliknya bola meluru ke pintu golnya tetapi penjaga gol Beto sempat menepis bola.

Oliviera terus mengucarka­cirkan pertahanan Scotland dengan beberapa umpanan bahaya.

Asakan demi asakan Portugal akhirnya membuahkan hasil apabila hantaran lintang rendah Kevin Rodrigues disempurna­kan Costa pada minit ke-43.

Scott McKenna mensiasiak­an peluang mengikat kedudukan tidak lama selepas rehat apabila tandukan beliau tersasar.

Eder menamatkan segala harapan kebangkita­n Scotland dengan gol kedua pada minit ke-74 dari satu tendangan percuma Renato Sanches sebelum Bruma melengkapk­an jaringan pada minit ke-84. — AFP

 ??  ?? SOUTHGATE
SOUTHGATE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia