Utusan Borneo (Sarawak)

Prestasi pemain terjejas ekoran permulaan awal musim EPL

-

SEVILLE, Sepanyol: Jurulatih kebangsaan England, Gareth Southgate percaya pemain England terjejas dengan permulaan musim baharu Liga Perdana Inggeris yang terlalu awal selepas berakhirny­a Piala Dunia. Liga Perdana Inggeris ber- mula pada 10 Ogos, kurang dari sebulan selepas England tersingkir di separuh akhir Piala Dunia 2018 di Rusia.

Liga-liga di Perancis dan Itali bermula pada hujung minggu yang sama tetapi La Liga Sepanyol bermula pada 17 Ogos sementara Bundesliga bermula 24 Ogos.

“Apabila anda melihat liga, banyak pasukan belum bermula di tahap maksima. Terdapat banyak kecederaan dalam liga kami,” kata Southgate Ahad lepas.

“Saya tidak faham kenapa liga kami (England) bermula begitu awal, tetapi itulah yang berlaku dan situasi yang sukar untuk kelab.

“Ada kelab tidak dapat menurunkan sebuah pasukan yang kuat... ambil contoh Tottenham, yang mempunyai begitu ramai pemain yang bermain pada perlawanan separuh akhir di Piala Dunia.

“Ia situasi yang mustahil untuk jurulatih.”

England menentang Sepanyol pada perlawanan lewat Liga Negara UEFA ( UNL) dengan harapan untuk menebus kekalahan 1-2 di Wembley bulan lepas walaupun keputusan tidak digambarka­n dengan penguasaan Sepanyol pada perlawanan itu.

Sepanyol kemudian membelasah Croatia 6- 0 dan boleh mengesahka­n tangga teratas Kumpulan 4 dengan kemenangan ke atas England sementara England mengharapk­an kemenangan untuk mengelak penyingkir­an.

“Kami tahu kelebihan teknikal mereka,” kata Southgate. “Tetapi kami juga harus mengancam mereka. Kami tidak mampu untuk bertahan selama 90 minit.

England beralih dari format tiga pemain pertahanan kepada empat sejak Piala Dunia, dalam satu usaha untuk menambah tekanan ketika menyerang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia