Utusan Borneo (Sarawak)

Abdul Latif berjaya memperbaha­rui rekod dunia pada temasya Sukan Para Asia 2018 di Jakarta

-

SEPANG: Kejayaan memperbaha­rui rekod dunia dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajar­an) pada Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, merupakan satu kenangan yang tidak akan dilupakan oleh atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly.

Anak jati Perlis itu mencatat 7.64 meter, sekali gus memperbaha­rui rekod terdahulu, 7.60 meter yang dilakarnya pada Sukan Paralimpik Rio 2016.

“Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk memperbaha­rui rekod saya sendiri dan alhamdulil­lah syukur, akhirnya saya berjaya leburkan juga rekod itu selepas dua tahun,” kata Abdul Latif ketika ditemui pemberita setibanya dari Jakarta di LapanganTe­rbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) bersama kumpulan terakhir atlet paralimpik negara, di sini malam kelmarin.

Ketibaan mereka disambut Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar, barisan pegawai dan staf MSN dan ISN serta ahli keluarga atlet paralimpik masing-masing.

Mengulas lanjut, Abdul Latif tidak mahu dibuai dengan kejayaan tersebut, namun menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus memburu kemenangan dalam beberapa kejohanan SATU KEBANGGAAN: Abdul Latif meraikan kejayaan selepas berjaya meraih pingat emas dalam acara akhir lompat jauh kategori lelaki T20 sempena Temasya Sukan Para Asia 2018 di Stadium Gelora Bung Karno, baru-baru ini. Abdul Latif membuat lompatan sejauh 7.64 meter. antarabang­sa selepas ini.

“Saya akan mengambil rehat beberapa minggu sebelum kembali menjalani latihan kerana saya akan menyertai beberapa kejohanan besar pada tahun hadapan termasuk Sukan Para ASEAN 2019 di Filipina dan Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di UAE,” katanya yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016.

Berkongsi pandangan sama adalah seorang lagi atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang berbangga kerana dapat membantu kontinjen Malaysia meraih kejayaan cemerlang di Jakarta.

Beliau memaklumka­n akan mengambil cuti selama beberapa minggu sebelum kembali menjalani latihan seperti biasa sebagai persediaan menghadapi beberapa kejohanan antarabang­sa pada tahun hadapan.

“Saya sudah berbincang dengan jurulatih saya (Mohd Faizol Harun) di mana saya akan menyertai beberapa kejohanan utama seperti Ke- johanan Paralimpik Dunia di UAE, Para ASEAN di Filipina, namun yang lebih penting, saya cuba melayakkan diri secara merit ke Sukan SEA sebagaiman­a yang saya lakukan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan semestinya saya mahu menang dalam kesemua pertanding­an itu,” jelas anak jati Gombak, Selangor itu.

Muhammad Ziyad yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, melakukan lontaran sejauh 16.94 meter dalam acara lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajar­an), sekali gus mencipta rekod baharu temasya.

Malaysia menamatkan cabaran Sukan Para Asia 2018 di kedudukan kelapan dengan meraih 17 emas, 26 perak dan 25 gangsa sekali gus mengatasi pencapaian pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan menerusi kutipan 15 emas, 20 perak dan 27 gangsa.

— Bernama

 ??  ??
 ??  ?? GARETH BALE
GARETH BALE
 ??  ?? KOSCIELNY
KOSCIELNY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia