Utusan Borneo (Sarawak)

Karier bersama skuad Perancis sudah berakhir

-

PARIS, Perancis: Pemain pertahanan tengah Arsenal, Laurent Koscielny, yang tidak beraksi bersama Perancis yang muncul juara dunia di Rusia pada musim panas lalu, berkata Ahad lepas di mana karier antarabang­sa beliau ‘sudah berakhir’.

Pemain berusia 33 tahun itu mahu bersara dari bola sepak Perancis selepas Piala Dunia 2018 tetapi beliau tidak dapat dipanggil oleh jurulatih Didier Deschamps kerana kecederaan pada bulan Mei.

“Kecederaan adalah satu perkara, kemenangan Piala Dunia satu perkara lain. Saya fikir kemenangan sememangny­a menyakitka­n saya lebih teruk dari segi psikologi berbanding kecederaan saya,” kata Koscielny ketika memberitah­u penyiaran Canal Plus.

“Piala Dunia akan kekal sebagai sisi gelap dalam karier dan kehidupan saya.”

“Saya fikir saya telah memberikan apa yang saya mampu untuk pasukan Perancis. Saya berusia 33 tahun sekarang. Saya sudah beraksi pada dua kejohanan Euro dan satu Piala Dunia. Kecederaan saya tidak akan mengubah apa-apa,” kata beliau.

“Ia sudah berakhir. Saya akan sentiasa menjadi penyokong Perancis tetapi apa yang pasti saya tidak akan menyarung jersi biru (Perancis) sekali lagi.”

Koscielny membuat penampilan sulung bersama Perancis pada November 2011 pada perlawanan persahabat­an menentang Amerika Syarikat (AS). Untuk rekod, beliau beraksi 51 kali untuk Perancis dan penampilan terakhir ialah ketika menewaskan Rusia 3-1 pada bulan Mac. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI MEMUKAU: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kelayakan Piala Negara Afrika di antara Kenya dan Habsyah di Stadium Kasarani di Nairobi.
— Gambar AFP AKSI MEMUKAU: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kelayakan Piala Negara Afrika di antara Kenya dan Habsyah di Stadium Kasarani di Nairobi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia