Utusan Borneo (Sarawak)

Bale cuti daripada perlawanan antarabang­sa

-

LONDON, England: Gareth Bale tidak akan beraksi untuk Wales pada perlawanan Liga Negara UEFA ( UNL) menentang Republik Ireland selepas kembali ke kelabnya, Real Madrid untuk meneruskan pemulihan kecederaan pangkal paha.

Bale tidak diturunkan ketika Wales tewas 1- 4 kepada Sepanyol pada perlawanan persahabat­an di Cardiff Khamis lepas, s e t e l a h k e c e d e r a a n b e r t a m b a h b u r u k ketika bermain untuk Real menentang Alaves seminggu yang lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu berharap untuk pulih menjelang perlawanan menentang Ireland di Dublin hari ini tetapi jurulatih Wales, Ryan Giggs, sudah mengakui beliau tidak menjangkak­an penyerang itu akan kembali pada masanya.

Satu tweet menerusi akaun rasmi Twitter Persatuan Bola Sepak Wales berbunyi: “Gareth Bale sudah kembali ke kelabnya petang ini ( Ahad) dan tidak akan ke Dublin bersama skuad.”

B a l e m e n j a r i n g k a n empat gol dalam sembilan penampilan pertama untuk Real musim ini tetapi beliau diselubung­i kecederaan sejak beberapa minggu.

Ia tempoh mengecewak­an buat Bale selepas golnya membantu Real memenangi Liga Juara- Juara dengan menewaskan Liverpool di final musim lepas.

Menentang Sepanyol, Wales ternyata bergelut tanpa Bale dan mengalami kekalahan terburuk sejak tewas 1- 6 kepada Serbia pada 2012.

Wales mengumpul tiga mata dari dua perlawanan UNL setakat i ni, menewaskan Ireland 4- 1 dan tewas 0- 2 kepada Denmark. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia