Utusan Borneo (Sarawak)

Cougars ungguli kategori wanita pertanding­an bola jaring HSN

-

MIRI: Pasukan Cougars muncul juara keseluruha­n kategori wanita Pertanding­an Bola Jaring sempena Hari Sukan Negara (HSN) peringkat Miri malam kelmarin.

Cougars menewaskan pasukan Phoenix pada perlawanan akhir sekali gus ditabalkan sebagai juara.

Pertanding­an itu menyaksika­n penyertaan 24 pasukan dengan membabitka­n dua kategori masing-masing iaitu wanita dan campuran.

Ia diadakan dua hari pada 13 dan 14 Oktober di Kelab Rekreasi Petroliam (KRP) Lutong.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing milik Josephians dan Mandak Borneo.

Bagi kategori campuran, juara milik Joegers sementara Phoenix Mix selaku naib juara manakala IKBN (ketiga) dan CYCLONE (keempat).

Semua pemenang keduadua kategori menerima wang tunai dan medal HSN 2018.

Terdahulu dalam ucapannya, Pengerusi pengelola Mohd Azra berkata penganjura­n kali ini mendapat sambutan menggalakk­an kalangan belia dari Miri dan Sibuti.

Beliau juga berterima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri memberi peluang sekali lagi menganjur pertanding­an ini.

Selain itu, Mohd Azra turut mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Awah Alifa & Fox Sport merupakan rakan penaja pertanding­an ini.

“Penghargaa­n juga diberikan kepada Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni sentiasa menyokong program pembanguna­n sukan belia di kawasan Miri dan Sibuti,” katanya.

 ??  ?? TERBAIK: Pasukan Cougars menerima wang tunai dan medal selepas muncul juara Pertanding­an Bola Jaring HSN 2018 malam kelmarin.
TERBAIK: Pasukan Cougars menerima wang tunai dan medal selepas muncul juara Pertanding­an Bola Jaring HSN 2018 malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia