Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan Bobo rangkul gelaran Karnival Futsal MiriFM

-

MIRI: Pasukan Bobo mearngkul juara Karnival Futsal MiriFM selepas membenam pasukan Laku dengan 3-0 pada perlawanan akhir lewat petang kelmarin.

Selaku juara, pasukan itu membawa pulang wang tunai RM1,200 berserta piala pusingan dan medal iringan.

Pasukan Laku yang kecewa dalam perlawanan akhir bagaimanap­un tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut menerima RM750 berserta piala.

Satu lagi pasukan iaitu Along FC berada kedudukan ketiga turut menerima RM500 berserta piala.

Tempat keempat menerima RM250 (hadiah iringan) se- mentara tempat kelima hingga kelapan menerima hamper.

Sebanyak 30 pasukan menyertai karnival julung kali di Miri itu membabitka­n peca- han 20 pasukan lelaki dan 10 pasukan wanita.

Ia adalah kejohanan anjuran bersama Kingsport Miri, Fox Sports & Figos 2018 dan di- adakan di Gelanggang Futsal Kingsport Miri.

Bagi kategori wanita, pasukan Eight United muncul juara selepas mengalahka­n Wawasan FT pada perlawanan akhir.

Selaku juara, Eight United menerima RM800, piala pusingan dan piala iringan sementara Wawasan menerima RM600, piala serta medal.

Sementara itu, tempat ketiga milik pasukan Last Minite FT turut menerima RM400 berserta medal iringan.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Ting Tiong Choon dan Pengurus Stesen Penyiaran RTM Miri, Zaidi Bujang.

 ??  ?? MILIK KAMI: Pasukan Bobo menerima piala dan medal daripada Ting (empat kiri) selepas muncul juara.
MILIK KAMI: Pasukan Bobo menerima piala dan medal daripada Ting (empat kiri) selepas muncul juara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia