Utusan Borneo (Sarawak)

Black Monkey dinobatkan juara Kejohanan Dart Terbuka Bintulu

-

SIBU: Seramai 400 peserta mengambil bahagian dalam Larian Amal Kami Anak Malaysia 2018 anjuran Undergroun­d Runners Sibu Club di Taman Tasik Permai di sini kelmarin.

Larian itu menarik peserta dari Sarikei, Kapit, Bintangor dan Sibu.

Naib Presiden kelab tersebut, Awangku Afzandy Awang Ali Baba berkata hasil larian amal itu berjaya mengutip RM4,000.

Menurutnya, hasil terse- but disumbangk­an kepada Yayasan Buah Pinggang Sibu (SKF) dan Persatuan Autisme Sibu.

“Setiap persatuan kebajikan itu menerima RM2,000 danpenyera­han dilaksanak­an kepada kedua-duanya tidak lama lagi,” katanya ditemui selepas berakhir larian amal itu.

Awangku Afzandy berkata, larian itu bagi mempromosi­kan sukan joging kalangan masyarakat serta memupuk budaya sihat. BINTULU: Pasukan Black Monkey dinobatkan juara Kejohanan Dart Terbuka Bintulu sempena Hari Sukan Negara (HSN) di Naim Paragon Street Mall, di sini kelmarin.

Pertanding­an itu turut menyaksika­n Royal Dragon meraih naib juara dan tempat ketiga dikongsi bersama Steel Monkey dan War’s 15 My.

Tempat kelima hingga kelapan ialah Partner PT3, RM Shooter, RD Mantap dan BPR019.

Penyampaia­n hadiah kepada pemenang disempurna­kan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, Kigen Satong turut dihadiri oleh Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, Lamat Nyalau.

Turut hadir Penasihat Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) Kampung Baru Kairulniez­a Waynie, Pengerusi KSR Kampung Baru Hakbarezma Drahman dan Pengerusi NV Darters, Sufiandy Railey.

Hadiah-hadiah pemenang tajaan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Jepak, Datuk Talib Zulpilip.

Kejohanan anjuran KSR Kampung Baru, NV Darters dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu itu disertai 32 pasukan.

 ??  ?? JUARA: Kigen (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada pasukan Black Monkey di Bintulu, kelmarin.
JUARA: Kigen (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada pasukan Black Monkey di Bintulu, kelmarin.
 ??  ?? SIHAT: Peserta Larian Amal Kami Anak Malaysia 2018 selepas berakhirny­a larian tersebut di Sibu kelmarin.
SIHAT: Peserta Larian Amal Kami Anak Malaysia 2018 selepas berakhirny­a larian tersebut di Sibu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia