Utusan Borneo (Sarawak)

55 busana menarik diperaga sempena pertunjuka­n fesyen Amphoteric

-

PELAJAR Akademi Kulinari Terengganu menyifatka­n peluang mengikuti kursus dalam bidang pembuatan kek dan pastri secara percuma di akademi itu sebagai titik permulaan untuk membantu keluarga mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

Wan Fadhlin Nasuha Wan Khaliluddi­n, 19, berkata kemiskinan bukanlah halangan untuk menempa kejayaan memandangk­an banyak kemudahan disediakan kerajaan untuk anak golongan asnaf seperti dirinya.

“Ayah saya hanya nelayan, ibu pula suri rumah… dengan bilangan adik-beradik lapan orang, memang kehidupan kami agak susah, saya sedar hanya ilmu boleh mengubah kehidupan kami sekeluarga.

“Sebab itu, saya sentiasa fokus sepanjang enam bulan mengikuti kursus di akademi ini kerana sedar peluang pendidikan percuma yang diberi ini perlu dimanfaatk­an sebaiknya untuk memburu impian bergelar usahawan satu hari nanti,” katanya yang kini melanjutka­n pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang pemasaran.

Beliau adalah antara 353 anak asnaf yang diberi peluang mengambil Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dan 2 di akademi itu sejak ia mula beroperasi pada September 2012.

Akademi Kulinari Terengganu ialah insititusi pendidikan wakaf hasil kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Yayasan Waqaf Malaysia dan GIATMARA untuk memberi latihan kemahiran (bernilai RM1,400 seorang pelajar) secara percuma kepada anak golongan asnaf di Terengganu.

Bagi Sharifah Nur Liyana Syed Abdul Aziz, 19, beliau sangat bersyukur diterima masuk ke akademi itu dan kini mampu memperoleh pendapatan sehingga RM1,000 sebulan dengan menjual kek dan pastri secara kecilkecil­an di Besut.

“Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia saya tidak begitu cemerlang, jika tidak mengikuti kursus kemahiran ini, saya mungkin masih terumbang ambing tanpa hala tuju hidup yang jelas. Selepas habis kursus di akademi, saya lebih bersemanga­t untuk belajar dan menambah ilmu dalam pembuatan kek dan pastri untuk dijadikan sumber pendapatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia Profesor Datuk Dr Sudin Haron berkata kebanyakan pelajar di akademi itu akan membuka perniagaan sendiri, bekerja dalam bidang bakeri dan sebahagian­nya melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Yayasan akan memantau dan membantu mereka mendapatka­n pembiayaan daripada jabatan dan agensi kerajaan berkaitan keusahawan­an seperti MARA, SME Corp Malaysia atau melalui pembiayaan asnaf untuk memulakan perniagaan yang ditawarkan MAIDAM.

“Yayasan juga bekerjasam­a dengan GIATMARA bagi menambah kursus sehingga ke sijil SKM Tahap 3 dan 4 agar anak asnaf berpeluang meningkatk­an kemahiran mereka,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau merasmikan majlis graduasi kali kelima untuk 34 pelajar akademi itu yang turut dihadiri Yang Dipertua MAIDAM Datuk Osman Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia, Jamal Nasir Othman. — Bernama PERTUNJUKA­N Fesyen Amphoteric 2018 yang disertai 50 pelajar Kolej Komuniti Arau, Perlis berjaya mencungkil bakat muda dalam bidang fesyen dan rekaan pakaian.

Pertunjuka­n itu yang berlangsun­g di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, baru-baru ini disertai pelajar semester empat Sijil Fesyen dan Pakaian, dengan setiap seorang mempersemb­ahkan sepasang busana terbaik masing-masing diperagaka­n peragawati pelajar tersebut sendiri.

Pengarah Kolej Komuniti Arau, Norasmah Saad yang ditemui Bernama selepas pertunjuka­n itu berkata setiap peserta memperagak­an dua busana yang bertemakan tradisiona­l dan filem antarabang­sa.

“Pelajar yang mengambil bahagian mempunyai bakat berdasarka­n rekaan mereka dan boleh melangkah jauh jika mereka mendalami ilmu rekaan dan peragaan,” katanya.

Menurut Norasmah, 12 pelajar terbaik akan bersaing dalam pertunjuka­n fesyen peringkat Kolej Komuniti Zon Utara melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis di Sungai Petani tidak lama lagi.

Peserta tunggal lelaki, Muhammad Hakim Mat Nourdin menerusi rekaannya, ‘The Softness In Violence’ yang diilhamkan daripada tema filem Maleficent menjuarai pertunjuka­n itu.

Menurut Muhammad Hakim, 19, beliau hanya membelanja­kan kira-kira RM300 bagi menghasilk­an pakaian tersebut yang mengambil hampir tiga bulan dan tidak menyangka memenangin­ya kerana industri fesyen didominasi golongan wanita.

Beliau yang bercitacit­a menjadi arkitek atau pelakon teater, mencabar dirinya menyertai pertanding­an itu setelah menjuarai pertunjuka­n fesyen anjuran Alam Flora di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tempat kedua dimenangi Ainul Munirag Suzaide menerusi rekaan ‘The Winter Heart ‘dan Nur ‘Alyaa Ramli menerusi rekaan ‘The Fuscia Midnight of Keris’ di tempat ketiga.

Kesemua pemenang masing-masing menerima hadiah barangan produk kecantikan bernilai RM500, RM300 dan RM200 sumbangan Rosetyara Sdn Bhd, serta sijil. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Osman (dua, kanan) beramah mesra dengan pelajar cemerlang bagi pengambila­n kelapan dan kesembilan Sharifah Nur Liyana Said Abdul Aziz (tiga, kiri) dan Wan Fadhlin Nasuha Wan Khaliluddi­n (dua, kiri) selepas Majlis Graduasi Akademi Kulinari Kelima di Perkaya Excellence Center di Terengganu.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Osman (dua, kanan) beramah mesra dengan pelajar cemerlang bagi pengambila­n kelapan dan kesembilan Sharifah Nur Liyana Said Abdul Aziz (tiga, kiri) dan Wan Fadhlin Nasuha Wan Khaliluddi­n (dua, kiri) selepas Majlis Graduasi Akademi Kulinari Kelima di Perkaya Excellence Center di Terengganu.
 ?? — Gambar Bernama ?? CEMERLANG: Pelajar Akademi Kulinari Terengganu Wan Fadhlin Nasuha (kiri) dan Sharifah Nur Liyana dipilih sebagai pelajar cemerlang bagi pengambila­n kelapan dan kesembilan pada Majlis Graduasi Akademi Kulinari Kelima di Perkaya Excellence Center.
— Gambar Bernama CEMERLANG: Pelajar Akademi Kulinari Terengganu Wan Fadhlin Nasuha (kiri) dan Sharifah Nur Liyana dipilih sebagai pelajar cemerlang bagi pengambila­n kelapan dan kesembilan pada Majlis Graduasi Akademi Kulinari Kelima di Perkaya Excellence Center.
 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Dr Sudin (kiri) menyampaik­an Anugerah Pelajar Cemerlang bagi Pengambila­n Kelapan kepada Wan Fadhlin Nasuha.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Dr Sudin (kiri) menyampaik­an Anugerah Pelajar Cemerlang bagi Pengambila­n Kelapan kepada Wan Fadhlin Nasuha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia