Utusan Borneo (Sarawak)

Teruja berpeluang bantu mangsa gempa, tsunami di Palu

-

BEKAS peserta Akademi Fantasia Musim kelima, Heliza Helmi tidak dapat menyembuny­ikan keterujaan­nya berpeluang menyertai misi bantuan kemanusiaa­n Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ke Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia.

Penyanyi dan pengacara terkenal itu berkata beliau bersyukur dipelawa pihak MAPIM untuk menyertai misi kali kedua pertubuhan berkenaan kerana secara peribadi berasa begitu terkesan dengan nasib saudara seagama yang diuji dengan tragedi dahsyat gempa bumi dan tsunami pada petang 28 September lalu.

“Alhamdulil­lah hasrat untuk pergi sendiri ke lokasi tragedi itu tercapai dan saya akan sedaya upaya dengan kemampuan yang ada untuk membantu pihak MAPIM mengedarka­n pek bantuan kepada mangsa apabila tiba di sana.

“Penyertaan dalam misi ini juga pastinya akan memberi pengajaran tersendiri kepada saya,” katanya ketika ditemui Bernama selepas majlis pelepasan misi kemanusiaa­n MAPIM ke Palu disempurna­kan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur di Sepang pada Ahad.

Heliza, 32, yang turut ditemani adiknya, Nur Hazwani Afiqah Helmi, 21, juga berharap orang ramai terus memberikan bantuan kepada mangsa di Palu yang jelas memerlukan sokongan untuk memulakan kehidupan baharu.

Bagi rakan artis, Datuk Seri Eizlan Yusof yang mempunyai tauliah Leftenan Kolonel (Bersekutu) Angkatan Pertahanan Awam (APM), beliau juga berhasrat mengikuti misi bantuan kemanusiaa­n ke Palu.

“Sepatutnya saya menyertai misi ini, namun atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa tarik diri dan mungkin akan ke sana (Palu) dalam misi MAPIM seterusnya,” katanya.

Gempa bumi dan tsunami yang melanda Palu setakat ini telah mengorbank­an lebih 2,000 nyawa dengan lebih 30,000 lagi penduduk terkesan akibat tragedi berkenaan. — Bernama

 ??  ?? MISI KEMANUSIAA­N: Heliza (kanan) dan adiknya Hazwani menyertai misi bantuan kemanusiaa­n MAPIM ke Palu.
MISI KEMANUSIAA­N: Heliza (kanan) dan adiknya Hazwani menyertai misi bantuan kemanusiaa­n MAPIM ke Palu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia