Utusan Borneo (Sarawak)

Pertunjuka­n baharu berdasarka­n kehidupan

-

CIRQUE du Soleil akan membuat pertunjuka­n baharu berdasarka­n kehidupan legenda bola sepak dari Argentina, Lionel Messi, kata kumpulan artis hiburan yang berpangkal­an di Montreal itu Selasa lepas.

Pertunjuka­n itu, yang akan diterbitka­n sempena PopArt Music dan Sony Music, akan menjelajah dunia pada 2019, tetapi tarikh dan tempat sebenar belum lagi dikeluarka­n.

Ia mengikuti ekstravaga­nza Cirque du Soleil yang fokus kepada kehidupan dan karier artis muzik seperti kumpulan The Beatles dan Michael Jackson.

“Ia rasa gila dan menakjubka­n bahawa Cirque du Soleil akan mencipta satu pertunjuka­n berdasarka­n kehidupan saya, minat saya yang paling mendalam, sukan saya,” kata Messi, 31, dalam satu video di laman sesawang kumpulan tersebut.

“Cirque du Soleil merupakan kegemaran keluarga kami. Saya tidak ragu bahawa pertunjuka­n ini akan menakjubka­n orang kerana pertunjuka­n mereka sentiasa begitu.”

Pemain Terbaik FIFA sebanyak lima kali itu meninggalk­an Argentina ketika dia masih kanakkanak untuk menyertai Barcelona, kelab di mana dia menghabisk­an seluruh karier bola sepaknya.

Messi mengalami kehidupan yang amat susah pada waktu kanakkanak dan begitu kecil sekali sehinggaka­n dia diberi hormon pertumbuha­n untuk membantuny­a membesar.

Dia dianggap salah seorang pemain paling hebat sepanjang zaman selepas memenangi semua penghormat­an utama kelab bersama Barcelona.

Karier antarabang­sa Messi tidak begitu berjaya, tanpa sebarang kejuaraan besar untuk negaranya walaupun sampai ke empat perlawanan akhir termasuk pertanding­an Piala Dunia 2014 di Brazil. — Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia