Utusan Borneo (Sarawak)

Amnesty kecam kegagalan pakatan pimpinan AS siasat pembunuhan orang awam di Raqa

-

BEIRUT: Amnesty Internatio­nal semalam mengecam kegagalan pakatan yang diketuai oleh Amerika Syarikat ( AS) untuk memaklumka­n dan menyiasat peranannya dalam pembunuhan orang awam semasa pertempura­n pada tahun lepas bagi mengguling­kan pejuang jihad dari Raqa di Syria.

Pada Oktober tahun lepas, satu pakatan Kurdis-Arab telah menghalau kumpulan Negara Islam (IS) dari bandar utara, dibantu oleh serangan udara pakatan yang diketuai oleh AS.

Semasa kempen untuk menghalau pejuang jihad dari bandar, ratusan orang awam telah terkorban dalam pertempura­n, kebanyakan mereka semasa pengeboman pakatan, menurut Amnesty.

“Kegagalan yang berlaku oleh pakatan yang diketuai oleh AS telah diakui, biar ia disiasat, skala mengejutka­n bagi kematian orang awam dan kemusnaaha­n yang berpunca daripadany­a di Raqa merupakan satu pukulan bagi mangsa yang terselamat,” kumpulan yang berpusdat di London menyatakan dalam satu kenyataan.

Setahun kemudian, Amnesty menyatakan bahawa pakatan telah mengakui ia menyebabka­n bukan sahaja 100 kematian orang awam dalam serangan di Raqa, namun malah dalam beberapa kes diterima tiada liabiliti.

“Ia adalah sangat memalukan di mana pihak pakatan enggan untuk memaklumka­n peranannya dalam kebanyakan kematian orang awam yang berpunca daripadany­a,” setiausaha agung Amnesty yang baharu Kumi Naidoo berkata.

Serta ia adalah “amat dibenci malah di mana ia telah mengaku bertanggun­gjawab, ia tidak menerima tanggungja­wab terhadap mangsanya,” jelas beliau.

Mengecam satu “corak yang mengganggu” bagi kematian orang awam, kumpulan hak asasi menggesa pihak pakatan utuk melakukan satu siasatan, kedua-duaya bagi membentuk fakta di sebalik setiap serangan maut, dan bagi mengelakka­n sebarang kesilapan pada masa akan datang.

“Secara jelasnya, dengan ratusan kematian orang awam, ia membangkit­kan persoalan apa yang berlaku,” menurut Naidoo, menggesa pihak pakatan untuk menyiasat isu seperti senjata yang digunakan dan kualiti perisikan.

“Ini merupakan maklumat yang sangat penting, bagi membentuk fakta dan menilai keadaan berdasarka­n undang- undang, termasuk bagi mengetahui pengajaran yang sepatutnya bagi mengelakka­n kesilapan yang sama,” kata beliau.

IS telah menawan beberapa bahagian besar di Syria dan Iraq pada 2914, mengumumka­n sebuah “kerajaan” di sana, dan pihak pakatan telah campurtang­an pada tahun yang sama bagi menentang kumpulan ekstremis itu.

Pejuang jihad sejak itu melihat kemusnahan negara proto mereka, namun meneruskan kemunculan di gurun Syria dan di bahagian timur di sempadan Iraq di mana mereka telah diserang oleh pasukan tentera yang disokong oleh pakatan.

Sejak 2014 pakatan yang diketuai oleh AS telah memaklumka­n tanggungja­wab secara langsung bagi lebih 1,100 kematian orang awam di Syria dan Iraq, amun kumpulan hak asasi menyatakan jumlah kematian adalah lebih tinggi.

Syrian Observator­y for Human Rights, sebuah badan pemerhati perang yang berpusat di Britain, berkata serangan pakatan di Syria sahaja telah mengorbank­an lebih 3,300 orang awam.

Perang di Syria telah mengorbank­an lebih 360,000 orang sejak ia meletus pada 2011 dengan penindasan kejam terhadap bantahan antikeraja­an. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia