Utusan Borneo (Sarawak)

Pendakwa Perancis cadang kes kematian bekas presiden Rwanda digugurkan

-

PARIS: Seorang pendakwa Perancis mencadangk­an tuduhan terhadap lapan pegawai kanan Rwanda, termasuk menteri pertahanan, yang disiasat atas kematian presiden Juvenal Habyariman­a pada 1994 digugurkan.

Siasatan bermula di Perancis pada 1998 itu, berikutan tuntutan dikemukaka­n waris anak kapal Perancis yang turut terkorban dalam tragedi tersebut.

Perkara itu turut menyebabka­n berlaku ketegangan besar antara Perancis dan Rwanda selama dua dekad.

Kini terpulang kepada hakim untuk memutuskan sama ada menghentik­an siasatan atau membawanya ke tribunal. Hakim tidak semestinya mengikuti saranan pendakwa.

Cadangan dikemukaka­n pada Rabu dengan mengatakan siasatan itu tidak mempunyai bukti mencukupi, kata sumber kehakiman.

Menteri Pertahanan Rwandan James Kabarebe antara pegawai yang turut disiasat.

Militia Tutsi yang diketuai Presiden Rwandan Paul Kagame didakwa bertanggun­gjawab terhadap serangan ke atas pesawat tersebut.

Pesawat yang membawa Habyariman­a dibedil peluru berpandu berdekatan lapangan terbang Kigali pada April 1994, mencetuska­n 100 hari pertumpaha­n darah, menyebabka­n kira-kira 800,000 orang maut, kebanyakan anggota minoriti Tutsi.

Sementara itu, peguam kepada balu presiden, Philippe Meilhac mengkritik cadangan tersebut yang disifatkan bermotif politik, ketika Paris sedang berusaha menjalinka­n hubungan dengan Kigali. — Bernama BERLIN: Tiga orang terkorban dan beberapa lagi tercedera selepas sebuah pesawat ringan merempuh sekumpulan penonton di Jerman kelmarin, menurut laporan media memetik polis.

Pesawat Cessna merempuh dua orang dewasa dan seorang kanak- kanak di sebuah lapangan terbang kira-kira 950 meter tinggi di dataran tinggi Wasserkupp­e di wilayah tengah Hesse, lapor agensi berita negara DPA.

Kemalangan berlaku kirakira jam 1.45 petang waktu tempatan, dalam keadaan cuaca yang baik, apabila pesawat gagal melakukan pendaratan serta cuba untuk terbang naik semula.

Akhbar Bild melaporkan seramai lapan orang tercedera, memetik polis tempatan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MALANG: Anggota bomba memeriksa pesawat ringan selepas ia merempuh sekumpulan penonton di Gersfeld, kelmarin.
— Gambar AFP MALANG: Anggota bomba memeriksa pesawat ringan selepas ia merempuh sekumpulan penonton di Gersfeld, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia