Utusan Borneo (Sarawak)

Berpotensi mendedahka­n isi rumah berpendapa­tan bawah RM2,000 kepada apa-apa kejutan ekonomi atau kecemasan

-

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia tanpa mengira tahap pendapatan didapati berbelanja lebih dalam perbelanja­an isi rumah pada 2016, sekali gus mengurangk­an pendapatan boleh guna mereka, demikian didedahkan dalam laporan Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI).

KRI dalam laporannya mengenai ‘Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza’, yang dilancarka­n semalam menyatakan bahawa purata perbelanja­an isi rumah pada 2016 adalah RM4,033, meningkat daripada RM1,161 pada 1993.

Dalam sorotannya terhadap isu berkenaan, laporan itu menyatakan bahawa pada 2016, isi rumah yang berpendapa­tan di bawah RM2,000 telah membelanja­kan 94.8 peratus dari pendapatan mereka untuk barangan pengguna, meningkat dari 91.9 peratus dari pendapatan mereka pada 2014, manakala isi rumah yang berpendapa­tan atas RM15,000 sebulan hanya membelanja­kan 45 peratus dari pendapatan mereka pada 2016, iaitu peningkata­n dari 41 peratus daripada pendapatan mereka yang dibelanjak­an pada 2014.

“Median pendapatan isi rumah pada 2016 ialah RM5,288, manakala kira-kira 67 peratus daripadany­a dibelanjak­an bagi perbelanja­an isi rumah, meningkat dari 65.1 peratus pada 2014,” kata laporan itu.

Ia menambah, ini bermakna lebihan pendapatan selepas ditolak perbelanja­an itu (baki pendapatan isi rumah), telah berkuranga­n bagi semua peringkat pendapatan.

Laporan itu dilancarka­n oleh Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad Datuk Shahril Ridza Ridzuan, semalam.

“Apa yang membimbang­kan ialah bagi isi rumah berpendapa­tan bawah RM2,000, pendapatan yang masih berbaki selepas mengambil kira inflasi hanyalah RM76 pada 2016, berkuranga­n daripada RM124 pada 2014. Ia berpotensi mendedahka­n isi rumah yang berpendapa­tan bawah RM2,000 kepada apa- apa kejutan ekonomi atau kecemasan.

“Antara tahun 2014 dan 2016, isi rumah dengan jumlah pendapatan bawah RM5,000 kurang berbelanja untuk makanan walaupun lebih banyak wang dikeluarka­n bagi maksud itu disebabkan kadar inflasi harga makanan yang tinggi. Bagi isi rumah yang lebih berkemampu­an, perubahann­ya adalah lebih kepada perubahan gaya hidup — daripada berbelanja untuk makan di rumah kepada berbelanja untuk makan di luar, dan untuk perkhidmat­an hiburan dan kebudayaan,” katanya.

Ia juga menyatakan bahawa pendapatan isi rumah itu masih termasuk pendapatan yang perlu dibayar sebagai cukai dan skim-skim keselemata­n sosial yang wajib.

Laporan itu menyebut terdapat sejumlah 7.5 juta isi rumah di Malaysia pada 2016 di mana 6.9 juta daripada mereka diketuai warganegar­a Malaysia manakala yang lain adalah bukan warganegar­a.

Laporan itu juga menyebut pekerja yang menerima gaji, diikuti mereka yang bekerja sendiri adalah dua punca pendapatan penting ketua-ketua isi rumah, menyumbang 63 peratus dan 15.6 peratus masing-masing pada 2016, berbanding 66.6 peratus dan 17.2 peratus masing-masing pada 2012.

Sebaliknya, pendapatan isi rumah yang diperoleh daripada hasil pelaburan dan hartanah, dan pindahan semasa ( pendapatan dari antuan kerajaan dan anggota keluarga) juga bertambah.

Pendapatan isi rumah dari hasil hartanah dan pelaburan menyumbang 12.9 peratus kepada pendapatan ketua isi rumah, berbanding 9.7 peratus pada 2012 manakala pindahan semasa meningkat ke 8.5 peratus pada 2016 dari 6.5 peratus pada 2012.

Laporan itu turut mend- edahkan perbezaan pendapatan isi rumah antara daerah-daerah di negara ini, di mana jumlah pendapatan di kebanyakan daerah adalah lebih rendah daripada median kebangsaan iaitu RM5,228.

Isi rumah dalam bandar pula memperoleh pendapatan lebih 1.7 kali lebih tinggi daripada isi rumah di luar bandar pada 2016.

Isi rumah yang tinggal di kawasan- kawasan perbandara­n dan daerah yang lebih pesat pembanguna­nnya seperti Petaling yang terletak dalam kawasan luas Kuala Lumpur mempunyai median pendapatan isi rumah sebayak RM7,904, Timur Laut di Pulau Pinang (RM5,964) dan Johor Bahru (RM6,518).

Isi rumah yang tinggal di sekitar atau berhampira­n Kuala Lumpur mempunyai purata pendapatan isi rumah sebanyak RM10,427, hampir dua kali lebih tinggi daripada pendapatan isi rumah di daerah lain di Malaysia.

Laporan itu juga menyebut bahawa perbezaan pendapatan isi rumah itu adalah berpunca daripada tiga faktor iaitu demografi, perbandara­n dan pendidikan dan kemahiran.

“Satu dari punca kenapa tempat-tempat seperti Kuala Lumpur mempunyai pendapatan isi rumah lebih tinggi berbanding negeri- negeri lain adalah kerana kurangnya jumlah pesara atau kanakkanak kecil berbanding orang dewasa dalam usia pekerjaan di negeri,” katanya.

Ia menambah, pendapatan isi rumah di bandar lazimnya lebih tinggi kerana kawasan bandar adalah lebih produktif dari segi ekonomi banding kawasan luar bandar dan mereka yang memiliki kemahiran yang tinggi dan berpendidi­kan tinggi juga sering dikaitkan dengan berpendapa­tan isi rumah yang lebih tinggi.

“Ketua isi rumah yang memiliki sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda memperoleh pendapatan isi rumah 3.6 kali lebih tinggi daripada mereka yang tidak mempunyai apa-apa sijil. Ini adalah lebih 2.1 kali lebih tinggi daripada perbezaan antara pendapatan isi rumah bandar dan luar bandar,” tambah laporan itu.

Laporan itu turut memberi sorotan kepada perubahan trend dalam ketidaksei­mbangan dari segi pendapatan yang menurutnya semakin membaik secara berterusan dari tahun 1970 hingga 2016.

Ia juga menyebut jumlah median pendapatan isi rumah telah meningkat 6.4 kali ganda dari RM819 pada 1970 ke RM5,228 pada 2016.

“Hakikatnya ialah walaupun perangkaan menunjukka­n bahawa ketidaksei­mbangan pendapatan telah dapat diperbaiki, namun jurang pendapatan mutlak antara kumpulan-kumpulan isi rumah dan bilangan isi rumah yang hidup dalam kemiskinan relatif, masih terus meningkat.

“Melangkah ke depan, usaha berterusan dalam hal ini adalah amat penting bukan sahaja kepada golongan penyelidik bahkan kepada pembuat dasar di Malaysia, untuk memperbaik­i pemahaman kita terhadap isu-isu ekonomi yang mendesak itu dan perlunya mengambil langkah-langkah untuk mengatasin­ya,” tambah laporan itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUKU LAPORAN ISI RUMAH 2018: Shahril Ridza (tengah) ketika sesi bergambar semasa pelancaran penerbitan ‘Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza’ di Mercu UEM di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Eksekutif Khazanah Research Institute Datuk Hisham Hamdan (empat kiri) dan Pemegang Amanah Khazanah Research Institute Dr Nungsari Ahmad Radhi (empat kanan).
— Gambar Bernama BUKU LAPORAN ISI RUMAH 2018: Shahril Ridza (tengah) ketika sesi bergambar semasa pelancaran penerbitan ‘Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza’ di Mercu UEM di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Eksekutif Khazanah Research Institute Datuk Hisham Hamdan (empat kiri) dan Pemegang Amanah Khazanah Research Institute Dr Nungsari Ahmad Radhi (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia