Utusan Borneo (Sarawak)

Perang perdaganga­n ChinaAS belum beri kesan ketara

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia sehingga kini belum menerima kesan ketara susulan ‘perang’ perdaganga­n antara China dan Amerika Syarikat.

Beliau berkata kerajaan sedar ia mungkin memberi kesan kepada negara namun ia juga dilihat boleh memberi faedah yang baik kepada Malaysia.

“Jikapun ada kesan, kita harap ia adalah dengan cara pemindahan pelaburan Amerika Syarikat di negara China ke Malaysia. Jadi, ada kemungkina­n kita mendapat sedikit kebaikan daripada perang dagangan antara China dan Amerika Syarikat,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) mengenai sama ada Malaysia terikat dengan China atau Amerika Syarikat atau mengamalka­n dasar berkecuali dalam soal perang perdaganga­n tersebut.

Dr Mahathir menegaskan kerajaan Pakatan Harapan mempunyai dasar tidak campur tangan dalam apa jenis peperangan sama sekali.

Menjawab soalan asal Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai hasil lawatan perdana menteri ke China dari 17 hingga 21 Ogos lalu, Dr Mahathir berkata, secara keseluruha­n lima memorandum persefaham­an ( MoU) dan perjanjian antara agensi kerajaan ditandatan­gani dalam lawatan atas jemputan Perdana Menteri China Li Keqiang.

Beliau berkata, pihak China menyatakan kesediaan mengimport 500,000 tan minyak kelapa sawit tambahan dari Malaysia dengan syarat harga yang kompetitif ditawarkan.

Katanya, Malaysia dan China yang mempunyai hubungan dua hala kukuh sejak lebih 40 tahun lalu juga bersetuju mewujudkan hubungan lebih dinamik serta saling bekerjasam­a meneroka bidang-bidang baharu yang bakal mendatangk­an manfaat bersama seperti dalam bidang teknologi, industri dan inovasi.

“Kita menggalakk­an pelaburan dari China namun pelaburan ini perlu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, menggunaka­n bahan tempatan dan peluang pemindahan teknologi kepada industri tempatan. Pelaburan tidak termasuk membawa orang asing bermastaut­in di negara ini,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Fong mengenai kemasukan pelancong China yang dilaporkan merosot ketika cuti Hari Kebangsaan China pada 1 hingga 7 Oktober lepas yang dikaitkan dengan tindakan kerajaan mengkaji semula konsesi perjanjian yang dibuat kerajaan terdahulu, Dr Mahathir berkata kerajaan yakin pelancong negara itu akan bertambah seperti biasa selepas ini.

Katanya, kerajaan juga sedang melihat proses pengeluara­n visa lebih pantas dilakukan selepas ini bagi menarik kedatangan pelancong negara berkenaan.

“Memang pelancong perlu bayar untuk visa dan sebagainya. Ia dibuat di negara China sendiri dan ada kekurangan khidmat ini yang perlu diperbaiki. Kita akan tentukan harga yang dibayar tidak terlalu tinggi, kita juga akan menentukan supaya pengeluara­n visa ini dilakukan dengan lebih pantas dan cepat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Dr Mahathir menjawab pertanyaan pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Dr Mahathir menjawab pertanyaan pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia