Utusan Borneo (Sarawak)

Saham AirAsia Group tinggi pada sesi pagi

-

KUALA LUMPUR: Saham AirAsia Group Bhd meningkat pada sesi pagi semalam susulan unjuran lebih banyak pelan peluasan sasaran ekoran perkembang­an terkini usaha samanya dengan India.

Pada jam 11.02 pagi, saham AirAsia melonjak enam sen kepada RM2.80, dengan 4.31 juta saham bertukar tangan.

Dalam nota kajiannya semalam, Maybank Investment Bank berkata AirAsia Group melantik Sunil Bhaskaran sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia India dan Banmali Agrawala dilantik sebagai Pengerus.

Justeru, semua tiga jawatan utama akan diisi oleh pegawai dari Tata Group.

“Yang menarik, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan timbalanny­a Bo Lingam tidak lagi menjadi ahli lembaga pengarah. AirAsia Group bagaimanap­un mengekalka­n pegangan saham 49 peratus tanpa kawalan pengurusan.

“Tiada impak ke atas keuntungan dan kerugian AirAsia Group memandangk­an AirAsia India telah diturun nilai sepenuhnya. Namun ini mencetuska­n keraguan terhadap syarikat bersekutu dan syarikat usaha sama lain AirAsia Group yang mencatat kerugian,” kata Maybank Investment.

Ini juga menunjukka­n bahawa Kumpulan AirAsia mungkin akan kembali ke pasaran terasnya, Malaysia dan Thailand, dengan rancangan pertumbuha­n masa depan yang mungkin akan dikurangka­n dan lebih bersasar, bagi memastikan profil risiko yang lebih rendah dan integriti pendapatan yang lebih tinggi.

“Pelabur yang kita temui sebenarnya lebih sukakan pilihan ini. Kami yakin inilah kelebihan yang ada daripada berita buruk baru- baru,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia