Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan unjur kurangkan baki pinjaman FELDA kepada RM6.8 bilion pada akhir 2018

-

KUALA LUMPUR: Pelan pemulihan aliran tunai FELDA dijangkaka­n dapat mengurangk­an 15 peratus baki pinjaman institusi itu daripada institusi kewangan kepada RM6.8 bilion pada akhir 2018, daripada RM8 bilion sehingga Jun 2018, kata Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, selain itu harga minyak sawit mentah (MSM) yang rendah juga merupakan antara faktor yang memberi kesan kepada kedudukan aliran tunai FELDA yang semakin berkuranga­n.

“Pelan pemulihan kedudukan aliran tunai FELDA merupakan pelan jangka panjang yang sedang diberi- kan tumpuan oleh Lembaga Pengarah dan pengurusan FELDA yang baharu dilantik pada Julai 2018,” katanya menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) pada sesi soal jawab di persidanga­n Dewan Rakyat semalam, mengenai kadar semasa aliran tunai FELDA dan langkah yang dilakukan oleh kerajaan untuk membela nasib peneroka FELDA.

“Perkara ini (pelan pemulihan aliran tunai) dimulakan dengan perjumpaan bersama beberapa institusi kewangan untuk menstruktu­rkan semula pinjaman FELDA dengan institusi kewangan terbabit,” kata Mohamed Azmin.

Selain itu beliau berkata FELDA juga sedang meng- kaji keperluan untuk menjual aset-aset yang bukan strategik seperti hartanah di London, Sarawak dan Sabah yang dibeli pada kos sebanyak RM2.2 bilion.

“Kaedah ini dapat menampung sebahagian daripada komitmen FELDA kepada 112,635 peneroka,” kata Mohamed Azmin.

Menerusi kaedah yang dilaksanak­an ini, beliau berkata FELDA dijangka dapat memulihkan kedudukan aliran tunai FELDA dalam tempoh dua tahun akan datang.

Mohamed Azmin berkata, kerajaan memberikan komitmen untuk memulihkan FELDA secepat mungkin demi kesejahter­aan peneroka, selaras matlamat penubuhan FELDA di ba- wah Akta Kemajuan Tanah 1956.

“Isu dan langkah dalam pemulihan pengurusan kewangan dan tadbir urus FELDA akan dibentangk­an secara terperinci dalam Kertas Putih FELDA yang akan dibentangk­an dalam sidang Parlimen kali ini,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, kerajaan yakin kedudukan sebenar FELDA dan langkah pemulihann­ya akan dapat dikenal pasti dan dapat diambil perhatian.

“Seterusnya ini akan membantu kerajaan merangka pelan tindakan pemulihan menyeluruh yang bersesuaia­n dan memberi manfaat langsung kepada FELDA dan warga peneroka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia