Utusan Borneo (Sarawak)

Sebanyak 14 alang konkrit berukuran 25m setiap satu jatuh di lereng

-

GEORGE TOWN: Projek Jalan Bukit Kukus yang bernilai RM545 juta dijangka akan tertangguh lagi ekoran kejadian di tapak pembinaann­ya baru- baru ini yang melibatkan sebanyak 14 alang konkrit berukuran 25m setiap satu terjatuh di lereng.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari berlata, Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) telah mengeluark­an arahan memberhent­ikan kerja bagi projek itu selepas beberapa alang konkrit terjatuh di lereng Jalan Tun Sardon pada Khamis.

Zairil berkata beliau dimaklumka­n kejadian itu berpunca daripada seorang pengendali kren yang secara tidak sengaja telah melanggar sebatang alang yang diletak di atas tanah menyebabka­n alang-alang yang lain berjatuhan secara berturutan seperti domino. Tetapi tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

“Siasatan termasuk siasatan dalaman telah dijalankan ekoran kejadian itu dan kami percaya kejadian itu akan menangguhk­an lagi projek itu, yang pada mulanya dijangka dapat disiapkan sebelum hujung tahun depan,” katanya kepada Bernama kita dihubungi semalam.

Beliau menambah, ekoran itu, jalan alternatif yang menyambung­kan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuh Bukit Jambul itu akan tertangguh selama setahun sehingga ke suku kedua tahun 2020 atas sebab-sebab yang di luar jangkaan semasa pembinaann­ya.

Projek itu, yang telah dimulakan pada 2016 dilaksanak­an oleh tiga pihak sebagai langkah penjimatan termasuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), PLB Land Sdn Bhd dan Geo Valley Sdn Bhd manakala kejadian itu berlaku dalam bahagian yang di bawah kendalian MBPP.

Bagaimanpu­n Zairil berkata, kontraktor bagi projek itu telah diarah untuk mengemukak­an laporan lengkap kepada DOSH dan MBPP dan juga menjalanka­n siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian.

Katanya kerajaan negeri tidak akan teragak- agak untuk bertindak sekiranya laporan lengkap dan siasatan dalaman yang dijalankan menunjukka­n pihak kontraktor telah melanggar prosedur operasi standard.

“Kami masih menunggu laporan lengkap itu disiapkan sebelum mengumumka­n apakah tindakan selanjutny­a dan saya diberitahu Datuk Bandar MBPP Datuk Yew Tung Seang telah melawat tapak kejadian semalam,” katanya.

Sementara itu, MBPP dijangka akan mengeluark­an kenyataan berhubung siasatan dalamannya lewat hari ini selepas Yew melawat tapak kejadian petang kelmarin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTANGGUH: Projek Jalan Bukit Kukus yang bernilai RM545 juta dijangka akan tertangguh lagi ekoran kejadian di tapak pembinaann­ya baru-baru ini yang melibatkan sebanyak 14 alang konkrit berukuran 25m setiap satu terjatuh di lereng.
— Gambar Bernama TERTANGGUH: Projek Jalan Bukit Kukus yang bernilai RM545 juta dijangka akan tertangguh lagi ekoran kejadian di tapak pembinaann­ya baru-baru ini yang melibatkan sebanyak 14 alang konkrit berukuran 25m setiap satu terjatuh di lereng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia