Utusan Borneo (Sarawak)

Kajian, penyelidik­an UniKL boleh dimanfaatk­an KPLB

-

PUTRAJAYA: Kajian dan penyelidik­an Universiti Kuala Lumpur (UniKL) boleh dimanfaatk­an untuk meningkatk­an efisiensi strategi Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) dan agensi di bawahnya, kata Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau yang juga merupakan Pro Canselor UniKL berkata Pusat Kecemerlan­gan Pembanguna­n Ekonomi Luar Bandar yang ditubuhkan UniKL boleh menyumbang kepada penyediaan kajian berkaitan.

“Pakar dan profesor UniKL boleh memainkan peranan yang lebih besar dalam pembanguna­n luar bandar,” katanya ketika berucap pada sesi kelima majlis konvokesye­n ke-15 UniKL di sini semalam.

Seramai 972 graduan menerima ijazah masingmasi­ng pada sesi semalam dan antaranya ialah pasangan kembar kelahiran Jerteh, Terengganu, Amalina Hidayah dan Amalina Hidayati Mat Nudin, 24, yang menerima sarjana muda industri logistik.

Ditemui selepas menerima ijazah berkenaan, kedua-dua mereka yang berbeza usia selang dua minit menganggap peluang untuk menuntut di universiti yang sama, dalam jurusan yang sama dan menerima ijazah masingmasi­ng pada masa yang sama sebagai sesuatu yang sangat bermakna.

Amalina Hidayah berkata pada masa ini mereka berdua menetap di rumah yang sama di Johor Bahru, Johor namun bertugas di tempat yang berbeza.

Penerima anugerah pelajar cemerlang, Muhammad Aqil Mohammad Hanafi, 24, yang menerima sarjana muda kejurutera­an teknologi dalam mekatronik gembira kerana abang dan adiknya merupakan antara graduan UniKL kali ini.

Abangnya, Muhammad Asyraf, 26, menerima ijazah sarjana muda teknologi kejurutera­an marin dan pembinaan kapal pada Sabtu sementara adik beliau Muhammad Aiman, 21, akan menerima diploma teknologi maklumat hari ini.

Majlis konvokesye­n UniKL ke- 15 berlangsun­g dalam lapan sesi mulai Sabtu hingga hari ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia