Utusan Borneo (Sarawak)

UITM dan MPC jalin kerjasama tingkat produktivi­ti pelajar

-

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) semalam menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) dengan Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) untuk menjalanka­n pelbagai program bagi mendidik budaya dan pemikiran yang produktif di kalangan generasi muda.

MOU itu ditandatan­gani oleh Dekan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Kampus Puncak Alam, Prof Madya Dr Siti Halijjah Shariff serta Timbalan Ketua Pengarah MPC, Ab Rahim Yusoff, dan majlis disaksikan oleh Ketua Pengarah MPC, Datuk Mohd Razali Hussain serta Timbalan Naib Canselor UiTM, Prof Dr Zaini Abdullah.

Mohd Razali dalam ucapannya berkata kerjasama antara MPC dan UiTM bertujuan melonjakka­n agenda produktivi­ti di kalangan warga dan pelajar UiTM.

“Bidang kerjasama ini akan menggarisk­an strategi serta program kerja khusus yang dapat memberi impak kepada seluruh tenaga kerja atau warga dan pelajar UiTM. Penerapan budaya produktivi­ti di sesebuah institusi pendidikan merupakan satu langkah wajar yang perlu digarapkan oleh semua pihak,” katanya.

Sementara itu Zaini dalam ucapannya berharap lebih banyak program akademik, penyelidik­an dan pembanguna­n modal insan untuk memenuhi tuntutan kebolehpas­aran graduan akan dapat dilaksanak­an melalui hubungan kerjasama berkenaan.

“Untuk makluman UiTM berjaya memperoleh kedudukan keempat terbaik di Malaysia bagi kategori kebolehpas­aran graduan.

“Manakala dari pengukuran penglibata­n latihan industri dan penempatan pekerjaan untuk pelajar dan graduan di syarikat di Malaysia, UiTM telah mendapat skor nisbah 61.9 berbanding purata nisbah nasional iaitu sebanyak 43.3, ini menunjukka­n hubungan kerjasama erat dan berterusan diantara UiTM dan syarikat,” katanya.

Tambah Zaini, diharap MOU itu akan merancakka­n bidang kerjasama diantara dua organisasi berkenaan dan UiTM sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama bagi memartabat­kan ilmu seterusnya melengkapk­an pelajarnya sebelum memasuki alam pekerjaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia